Pemimpin: Antara syakhsiah mitsaliyyah dan intima’ syakhsi

Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengatakan bahawa konsep Fikrah Islahiyyah Syamilah yang diketengahkan oleh Imam Hasan al-Banna bukan saja didukung oIeh Ikhwan Muslimin, tetapi oleh bahagian-bahagian ummah yang mahu menghayati Islam secara syamil dan kamil (lengkap, holistik dan sempurna) serta menyeluruh (kulli) dan bukan juz’i (bahagian-bahagian saja).

Beliau turut menyentuh empat daripada lapan ciri sebuah pergerakan atau organisasi dakwah iaitu Da‘wah Salafiyyah (Dakwah Salafi), Tariqah Sunniyyah (Jalan Sunnah), Haqiqah Sufiyyah (Hakikat Kesufian) dan Hai’ah Siyasiyyah (Organisasi Politik).

Beliau juga memetik peringatan Presiden Ikram dalam Multaqa Nasional Akhawat 2012 pada 5 Mei lalu supaya para aktivis Ikram mengambil tempat sebagai pemimpin masyarakat dan mengingatkan tentang betapa pentingnya fenomena negatif tidak berlaku dalam Ikram.

Tambahnya, pembinaan syahksiah mitsaliyyah (exemplary personality) atau peribadi contoh sangatlah penting dalam Ikram kerana secara positif, ia akan berjaya meyakinkan masyarakat tentang kepimpinannya.

Namun, negatifnya intima’ syakhsi (sikap mempercayai serta ‘melekapkan diri’ kepada sesuatu peribadi saja) yang tidak direstui pucuk pimpinan adalah antara bahaya-bahaya yang paling mudah mengancam keutuhan Ikram.

Katanya, mereka terperangkap dalam aktiviti yang berkisar sekeliling satu atau dua peribadi saja dan tidak bergerak bersama-sama arus besar jamaah untuk menuju lautan luas visi yang menjadikan jamaah relevan serta memakmurkan insan sejagat.

Golongan ini enggan berkongsi sumber dan mahu melakukan aktiviti dakwah sendirian, yang mungkin berpunca daripada ego yang tinggi, rasa tidak selamat, ketidakmatangan dan sikap tidak mempercayai orang lain.

Beliau mengingatkan tentang perancangan dakwah dan tarbiah Ikram 2012-2015 untuk dilaksanakan oleh aktivis Ikram dengan semangat kerja berpasukan berdasarkan firman Allah SWT:

“Dan orang -orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain…”

(At-Taubah: 71)

Dalam pada itu, beliau berpesan bahawa interaksi dalam kerja berpasukan memerlukan kesabaran dan hemah yang tinggi dan para aktivis seharusnya tidak cepat berputus asa apabila mengendalikan kerenah dan keragaman manusia.

Katanya, apabila para aktivis menemui rasa resah dalam melaksanakan tugas-tugas Ikram, mungkin di situ terlintas perasaan hubuddunya (kasihkan dunia), keinginan hubburri’asah (kasihkan status kepimpinan), atau sudah muncul rasa ketidakikhlasan dalam beramal. Namun, menurutnya, aktivis Ikram perlu sedar bahawa akhirat itu lebih baik dan berkekalan.

“Yang penting kita wajib menjaga sikap supaya kita dapat mengelakkan kemunculan fitnah min dakhil (fitnah dari dalam),” tegasnya.

Beliau mengingatkan bahwa kesedaran untuk tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang mahu menyempurnakan amanah, membuatkan ahli Ikram sentiasa bersyukur dan bersifat tawaduk.

Katanya juga, perlu disedari bahawa akhawat dan ikhwah adalah juga cermin diri Ikram. (Sedikit) kelemahan yang ada pada mereka adalah ibarat gading yang retak.

“Ya, gading mana yang tak retak. Keretakan itulah seni yang indah pada gading,” ujarnya.

Menurutnya juga, menjadi tugas ahli Ikram untuk bersama-sama membersihkan masyarakat daripada kekotoran dan pencemaran sosial, rasuah dan nepotisme. Di samping itu, diri sendiri juga wajib bersih jika mahu membersihkan masyarakat sesuai dengan prinsip aslih nafsaka wad‘u ghairaka (islahlah diri kamu, dan berdakwahlah kepada selain kamu).

Tambahnya lagi, keseimbangan dalam pendekatan dakwah amat penting yang mana kita wajib mengatakan al-haq itu betul dan al-batil itu salah tanpa rasa takut dan perasaan pilih kasih.

Beliau mengambil contoh, Ikram berkongsi aspirasi dengan Dato Ambiga Sreenevasan dan Dato A Samad Said berhubung Bersih 3.0 tetapi dalam isu LGBT, Ikram menyatakan dengan lantang kepada sesiapa saja bahawa Ikram menentang cara hidup yang songsang itu.

Beliau turut bersyukur kerana jaringan Wanita Ikram sudah meluas, yang melengkapkan Ikram sebagai pertubuhan Islam yang menghayati satu gagasan fikrah yang menjadi intipati kepada pemikiran dan amalan ummah dalam dunia pascamoden ini.

Sebelum mengakhiri ucapan, Prof Hatta berpesan bahawa dalam arus kepemimpinan dan kebangkitan Islam, Ikram tidak boleh menjadi bystander atau pemerhati, bahkan Ikram mesti terlibat sama untuk memimpin masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia