Program bermula seawal jam 10.00 pagi dengan kehadiran daripada penduduk sekitar yang memberangsangkan. Daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas yang hadir. Saudara Rusli Hashim, Setiausaha IKRAM SPT turut hadir dalam program berkenaan.
Yang Dipertua (YDP) IKRAM SPT, Saudara Zulkarnain Ahmad (gambar kanan) telah menyampaikan perkongsian menarik berkaitan ‘Menyemai Kasih’ di antara ibu bapa dan anak-anak. Banyak video dan kisah yang dipaparkan. Respon yang baik dapat dilihat daripada anak-anak di Kampung Teluk ini.
Sesi soal jawab penduduk kampung bersama Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam turut diadakan. Seusainya, sesi penyerahan Bingkisan Ramadhan Fasa 3 oleh YDP IKRAM SPT kepada 12 penduduk yang disenaraikan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Teluk.
Program ini turut dijayakan dengan kerjasama JKKK Kampung Teluk, Ahli Jawatankuasa Masjid Cheruk To’kun dan para guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam. Pihak JKKK Kampung Teluk turut meminta supaya IKRAM SPT membuat program susulan seumpamanya pada masa hadapan.