TAMU 08 menggamit pengalaman berharga “Under the Shade of Al-Quran”

Program tahunan bertemakan ini adalah kali ke-8 bertemakan “Under the Shade of Al-Quran” sebagai kesinambungan program TAMU anjuran Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Perlis sebelum ini. Peserta adalah terdiri daripada anak-anak yang berusia 8 hingga 12 tahun.

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut warna iaitu warna merah, merah jambu, biru muda, biru tua, ungu, oren, kuning, coklat, hitam dan hijau. Program TAMU 08 dimulakan dengan taklimat dan taaruf bersama fasilitator serta urusetia. Peserta diajar menyanyikan lagu tema TAMU 08 iaitu lagu “Demi Matahari” oleh kumpulan Snada.

 

Sesi “Ice breaking” diteruskan dengan permainan telur-ayam-dinasour yang mana peserta dikehendaki mengalahkan lawan masing-masing. Semua peserta bermula dengan aksi sebagai telur. Mereka yang menang akan meningkat kepada aksi ayam dan seterusnya dinasour. Mereka yang terakhir beraksi sebagai telur dikira kalah.

Terdapat empat slot “Let’s talk about it” selama tiga hari. Pada hari pertama peserta mendengar pengisian yang bertajuk Al-Furqan oleh Sdr Rais, membincang-kan tentang apa itu Al-Quran dan keistimewaannya. Slot yang sama pada malamnya disampaikan oleh Ust Wan Zuki Wan Azman yang menceritakan segala-galanya tentang Al-Quran. Kesemua peserta memberi respon dan mendengar dengan penuh minat.

Selepas Zohor hari pertama, peserta melakukan aktiviti berkumpulan untuk mencipta ‘trademark’ kumpulan dan melantik ketua. Melalui perbincangan, kemesraan mula tercerna antara ahli kumpulan dengan fasilitator. Selepas Asar, peserta beriadah dengan sukaneka, permainan bola beracun dan selimut minda.

Awal pagi hari kedua, bergema melodi Chicken Dance di dataran JPS, diiringi dengan senaman sebagai persediaan untuk sesi seterusnya yang mencabar iaitu “Route to Taqwa”  dan  “Explore Kalam. Sesi dibahagikan dua kumpulan. Kumpulan pertama akan mengikuti. Kumpulan pertama mengikuti “Route to Taqwa” pada hari pertama dan “Explore Kalam” pada hari kedua. Kumpulan kedua mengikuti “Explore Kalam” pada hari pertama dan “Route to Taqwa” pada hari kedua.

Dalam “Route to Taqwa”, peserta berpeluang menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sambil mendaki Bukit Kubu dan meneroka Gua Kelawar. Dalam “Explore Kalam”, setiap kumpulan perlu mengatasi beberapa halangan di setiap “check point” antaranya menjawab soalan, mencari barang, memasak telur dan mengisi air. Peserta benar-benar mendapat pengalaman bekerja dalam kumpulan dengan semangat berpasukan.

 

Setelah penat berekspedisi, pada malamnya peserta dihidangkan dengan slot Cinetamu, iaitu tayangan kartun memaparkan kisah Habil dan Qabil yang sangat menarik. Peserta disediakan dengan beberapa soalan sebagai mengambil pengajaran daripada kisah tersebut. Seterusnya, slot “Let’s talk about it”  disampaikan oleh Sdr Abdullah Kamaruzaman. Video kartun lucu tentang kebersihan menarik perhatian peserta.

Awal pagi hari ketiga peserta menyertai senaman pagi yang dinamakan senaman ar-Ruhul Jadid yang dikendalikan oleh Sdr Abd Aziz Abd Azme dengan penuh semangat. Peserta turut bersemangat bersenam. Program diteruskan dengan “Route to taqwa” dan  “Explore Kalam” mengikut kumpulan masing-masing.

Sebelah petangnya, peserta membuat persediaan untuk persembahan berkumpulan pada malamnya. Pelbagai persembahan dibuat mengikut kreativiti yang mengandungi elemen pengajaran yang positif.

Apa yang menghiburkan, ada peserta yang berlakon sebagai gajah, ibu, pejuang, gua, tidak kurang juga merangkak secara mengundur dan sebagainya.

Hari terakhir TAMU 08, “Let’s talk about it 4” disampaikan oleh Ust Firman membincangkan tentang persediaan memasuki alam remaja, cabaran dan cara mengatasinya sebagai bekal menjadi remaja yang berguna. Seterusnya peserta diuji hafazan masing-masing sebagai tugasan mereka sepanjang program. Acara kemuncak TAMU 08 adalah penyampaian hadiah kepada peserta. Adik Suhail memenangi kategori peserta lelaki terbaik dan adik Damia memenangi peserta terbaik perempuan.

Banyak kenangan indah dan pengalaman berharga dirakamkan oleh peserta antaranya senaman Chicken Dance, Route to Taqwa, Explore Kalam dan persembahan berkumpulan. Mereka juga mendapat semangat yang membara untuk beramal dengan segala ilmu yang mereka dapat dalam TAMU 08 kali ini antaranya perkongsian tentang Al-Quran, kebersihan, alam remaja serta pengajaran kisah Habil dan Qabil.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia