6,000 hadiri Walimah Jama’ie IKRAM Kajang

Majlis yang bertemakan “Walimah Jama’ie, Syariat Dipatuhi, Perkahwinan Diberkati” ini adalah julung-julung kalinya dianjurkan oleh IKRAM supaya ia diadakan secara sederhana di samping memelihara batas-batas syariat supaya majlis tersebut diberkati.

Majlis perarakan 10 pasangan pengantin dimulakan selepas solat solat Zohor berjamaah di Surau SMAP Kajang. Setiap pasangan tersebut diiringi bersama dua pengapit berarak dari surau sejauh 100 meter menuju ke khemah pengantin untuk menikmati jamuan. Majlis turut diserikan dengan persembahan Saujana, In-Team, Mu’adz dan Naim (Mirwana), Al:Masaar dan Ar-Ribath.

Perarakan pengantin dan persembahan In-Team, Mu’adz

Kebanyakan pengantin yang menyertai yang diraikan dalam majlis anjuran JK Baitul Muslim IKRAM Kajang ini merupakan anak-anak kepada ahli IKRAM Daerah Kajang, yang mana mereka bersepakat untuk mengadakan majlis perkahwinan secara serentak untuk menjimatkan masa, tenaga dan kewangan.

Semoga majlis sebegini menjadi contoh dan trend kepada IKRAM cawangan yang lain dan pelbagai sebagai langkah efektif bagi membendung kos penganjuran yang semakin meningkat.  Tahniah diucapkan kepada 10 pasangan tersebut. Semoga anda semua bahagia hingga ke syurga, insya-Allah.

Berikut adalah senarai nama-nama pasangan pengantin berserta gambar:


Muhammad Nasim A Ralim & Nur Farah Ain Nordin || Mohd Syahid bin Saat & Maryam Muhammad

Marwan Abdullah & Fatimah Muhammad || Luqman Hakim Patthi & Husna Khairulannuar

Mawardi Hafidzi & Ilmi Nadhrah Katiman || Mohd Asrol Azmi & Shaima’ Mohd Parid


Ahmad Basheer Husni Amirul Faizi & Nur Haizum Muhamed Noor || Nasrul Hafiz Samadi & ‘Awatif Ahmad Jamali


Wan Muhd Luqman Wan Mohd Yusuf & Che Farhana Che Awi || Ahmad Mudzakkir Mustafa & Husna Mustapha

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia