26.6% kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Vaksinasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids)

KUALA LUMPUR – Seramai 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sebagaimana yang dilaporkan laman web CovidNow.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus telah lengkap vaksinasi.

Manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 16,045,993 individu dewasa atau 68.2 telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Berikutan itu, sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia