AI dalam Pendidikan Masa Depan: Bersediakah Kita?

Perkembangan teknologi digital pada abad ke-21 telah membawa perubahan yang sangat signifikan dalam pelbagai sektor kehidupan manusia termasuk ekonomi, sosial dan pendidikan. Antara inovasi teknologi yang semakin mendapat perhatian global ialah kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI). Teknologi ini berupaya meniru keupayaan kognitif manusia seperti pembelajaran, analisis data, membuat keputusan dan penyelesaian masalah secara automatik. […]
PRN Medan Didik Rakyat, Bukan Sekadar Rebut Kuasa

Pilihan raya datang dan pergi. Bendera akan diturunkan. Poster akan ditanggalkan. Pentas ceramah akan dikemas semula. Namun ada satu perkara yang sepatutnya terus hidup selepas semua itu berakhir, iaitu ilmu yang diperoleh oleh rakyat. Sebab itulah pilihan raya tidak boleh dilihat semata-mata pertandingan untuk menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Lebih besar daripada […]
Graduan Bijak Tapi Kurang Nilai Adab: Di Mana Silapnya?

Setiap tahun, universiti dan kolej di negara ini melahirkan ratusan ribu graduan. Mereka hadir gah dengan ijazah di tangan, kemahiran di dada dan impian di mata. Namun di sebalik statistik yang membanggakan itu, satu persoalan semakin bermain dalam minda majikan, ibu bapa dan masyarakat. Mengapa semakin ramai graduan yang pandai tetapi semakin kurang adabnya? Persoalan […]
Bilik Darjah Pasif, Gaya Kilang Sekat Potensi Anak? (Bhg. 2)

Dalam artikel sebelum ini, kita telah melihat bagaimana amalan ‘gaya kilang’ dan budaya duduk diam di bilik darjah akhirnya menjadi penghalang utama kepada perkembangan emosi serta potensi murid. Krisis sosiopendidikan ini memberi impak yang sangat nyata, bermula daripada pelbagai isu kesihatan mental di sekolah sehinggalah kepada lambakan graduan yang mengalami ketidakpadanan kemahiran dalam pasaran kerja […]
Khalil al-Hayyah Pimpin Hamas, Meneruskan Perjuangan

Hamas baru sahaja memilih pemimpin baharunya melalui sistem pengundian dalaman. Nama yang dipilih ialah Khalil al-Hayyah, yang mengatasi Khaled Misyal dengan kelebihan satu undi. Proses ini menunjukkan Hamas mempunyai mekanisme pemilihan yang tersusun, profesional dan berasaskan syura dalam menentukan kepimpinan. Anggota yang dipilih pula terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang pendidikan serta pengalaman dalam […]
Bilik Darjah Pasif, Gaya Kilang Sekat Potensi Anak? (Bhg. 1)

Jika artikel kesembilan Siri CELOTEH sebelum ini telah membongkar “jeritan biologi” dan impak buruk memaksa anak-anak duduk diam dari sudut sains perubatan, artikel ke-10 (Bahagian 1) ini pula akan membawa kita melihat kesan yang lebih besar. Kita akan menyelami bagaimana acuan bilik darjah yang menyekat pergerakan ini sebenarnya telah mencetuskan krisis kesihatan mental yang parah […]