Kisah Israk Mikraj: Tarbiah yang Membangunkan Jiwa

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah, pasti anda pernah berziarah ke sebuah masjid unik bernama “Qiblatain” (dua kiblat). Mengapa ia dinamakan dengan Qiblatain? Pada sekitar tahun kedua hijrah, Nabi Muhammad SAW sedang memimpin solat berjemaah menghadap Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama kaum Muslimin. Ketika itu, Allah […]
Memupuk Semangat Patriotisme Asas Keharmonian Negara

Falsafah hidup yang tidak hanya mengutamakan kepentingan diri tetapi juga mengambil kira kepentingan negara ini wajar diberi perhatian. Hakikatnya, kepentingan negara akan memberikan kebaikan yang lebih besar kepada diri sendiri. Selain itu, perpecahan komuniti akibat sikap mementingkan diri dan berpuak-puak dalam masyarakat boleh melemahkan semangat perpaduan. Pengaruh luar, termasuk propaganda dan budaya asing yang tidak […]
Membina Semula Gaza Perlu Langkah Lebih Konkrit

Gencatan senjata yang diumumkan antara Hamas dan Israel selepas 465 hari konflik yang meragut puluhan ribu nyawa telah membawa sinar harapan kepada rakyat Palestin. Selama 15 bulan, rakyat Palestin terpaksa menanggung penderitaan yang tidak terperi, termasuk pengeboman harian, ancaman, penahanan, kelaparan, kematian dan pembunuhan, wabak penyakit dan pelbagai kesukaran yang sukar dibayangkan, apatah lagi untuk […]
OKU Dipukul: Sikap Rahmah Perlu Bermula dengan Kita

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan insiden-insiden keganasan yang melibatkan golongan yang paling lemah dalam masyarakat, terutamanya Orang Kurang Upaya (OKU). Insiden-insiden ini bukan sekadar berita tragis, tetapi cerminan kepada realiti sosial yang semakin membimbangkan. Berdasarkan analisis yang dilakukan, terdapat beberapa punca utama yang menyumbang kepada keadaan ini: Pertama, ketegangan sosial yang timbul […]
Solat dan Takbiratul Ihram Membina Pengabdian Hakiki

Solat bukan sekadar kewajipan harian bagi seorang Muslim, tetapi ia adalah satu anugerah yang Allah SWT kurniakan untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan hati. Dalam solat, manusia berpeluang menghubungkan diri secara langsung dengan Pencipta untuk mengadu, merintih dan berdoa kepada Zat Yang Maha Agung, Penguasa Sekalian Alam. Namun tidak semua orang merasai kenikmatan ini. Ia memerlukan […]
OKU Dipukul: Kembalikan Kompas Moral Masyarakat

Kejadian menyayat hati di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, yang menyaksikan seorang lelaki OKU mental dipukul dan dimaki menonjolkan sisi gelap masyarakat yang tidak manusiawi. Insiden ini bukan sahaja mencerminkan kekurangan empati dan adab dalam masyarakat kita, tetapi juga menunjukkan keperluan mendesak untuk mendidik masyarakat dengan nilai-nilai luhur yang sepatutnya menjadi teras kehidupan bermasyarakat. […]