Transformasi mimbar
Suara mimbar sangat sinonim dalam kehidupan umat Islam. Setahun, 52 kali lontaran suara mimbar disipongangkan ke udara ditambah dengan dua kali untuk Aidilfitri dan Aidiladha.
Tragedi Yaman yang masih berpanjangan
Dalam perkembangan baru mengenai perang di Yaman, kumpulan Houthi secara serentak memperhebatkan serangannya dengan dron di kawasan minyak di selatan dan barat ke bandar Ma’rib, dan laporan media mendedahkan ramai yang terkorban disebabkan tragedi itu. Pada 9 April lalu, perang di Yaman menyaksikan pertempuran sengit antara tentera prokerajaan dan pemberontak Houthi berhampiran bandar Ma’rib, […]
Islahiyyun perlu cekal menegur penguasa yang zalim
Semalam 8 Ramadan, ketika membaca Juzuk 8 daripada al-Quran, tertarik dengan ayat 123 Surah al-An’aam: وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِى كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَٰبِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا۟ فِيهَا وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ “Dan demikianlah Kami adakan dalam tiap-tiap negeri orang-orang besar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu, padahal tiadalah mereka memperdayakan selain daripada […]
Kerajaan atau rakyat yang gagal?
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan yang bertandang. Ku sangka Ramadan yang tenang, rupanya banyak isu yang datang. Semakin kita memasuki Ramadan, semakin rancak pula pelbagai isu hangat yang melanda negara. Layanan dua darjat dalam pelanggaran SOP antara rakyat dan menteri, selebriti atau golongan ‘kayangan’ yang dilihat amat ketara telah menimbulkan kemarahan […]
‘Cuci’ yang disucikan
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kes kekejaman dan tidak berperikemanusiaan berlaku yang disebabkan daripada dua perkara ini, arak dan judi. Bukan sahaja agama Islam, tetapi semua agama di dunia ini mendidik penganutnya menjauhkan diri daripada perkara yang tidak bermanfaat seperti minum arak, judi dan perbuatan lainnya yang membawa kepada kerosakan serta kebinasaan kepada diri […]
ACCA: Dua pelajar Malaysia antara 10 terbaik dunia
SERI KEMBANGAN – Dua pelajar Malaysia telah mengharumkan nama negara apabila mereka berjaya menempatkan diri di antara 10 teratas dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).