ACCA: Dua pelajar Malaysia antara 10 terbaik dunia

“Kejayaan pelajar-pelajar dari golongan B40 dan asnaf itu jelas membuktikan yang sekiranya diberi peluang dan bimbingan, mereka juga mampu berjaya dengan cemerlang di peringkat global,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyPAC, Datuk Zaiton Mohd Hassan.

 

Tambahnya lagi, bagi memastikan lebih ramai pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat peluang menjadi akauntan profesional, MyPAC dengan kerjasama pelbagai pihak korporat dan badan-badan zakat akan meneruskan usaha murni ini.

 

“MyPAC menzahirkan penghargaan kepada pihak Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan menambah bilangan akauntan profesional Bumiputera pada masa hadapan.”

 

Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid adalah pelajar di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu merupakan antara 92,000 orang calon dari serata dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac 2021.

 

Nurul Fatin Nabihah, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby telah berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).

 

Anak sulung daripada empat beradik itu kehilangan bapa pada usia 11 tahun dan kemudiannya dibesarkan oleh bapa tirinya yang bekerja sebagai petani, sementara ibunya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.

 

Beliau yang mengikuti pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, berjaya lulus dalam satu lagi kertas yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX).

 

Manakala Siti Naziah, pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pula berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA).

 

Naziah, anak sulung daripada dua beradik, menghadapi cabaran yang getir kerana kehilangan ayah pada 2018 akibat kanser, yang mana ketika itu beliau sedang sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan CAT.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia