HARMONI’16: Membumikan Gagasan Kampus Harmoni Dalam Perjuangan
SHAH ALAM – Pada 3 Disember 2016, IKRAM Siswa telah menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 (HARMONI’16) bertempat di TSR Conference Hall di sini yang dihadiri kira-kira 1,000 orang mahasiswa dari seluruh Malaysia, dengan mengangkat tema “Membumikan Gagasan Kampus Harmoni Dalam Perjuangan”.
Lebih 1,000 meriahkan PERNAS ’16
HULU SELANGOR – Baru-baru ini telah diadakan Perkhemahan Nasional Kadet Remaja Sekolah (KRS) MUSLEH 2016 atau dikenali sebagai PERNAS’16 bertempat di Kem PLKN Pelangi Hill Resort, Kerling di sini.
35 Batu Nautika kongsi pengalaman hampiri Gaza
KUALA LUMPUR – Ahli Misi Women’s Boat to Gaza 2016, Dr Fauziah Mohd Hasan dan Pn Norsham Abu Bakar berkongsi pengalaman mereka sepanjang misi melalui buku ’35 Batu Nautika: Sebuah Travelog Women’s Boat to Gaza’ yang telah dilancarkan oleh Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.
Jawatankuasa Transisi IKRAM Siswa-Harmoni dilantik
SERI KEMBANGAN – Berikutan pra pelancaran Persatuan Belia Harmoni Malaysia (Harmoni) yang bakal menggantikan IKRAM Siswa, Jawatankuasa Transisi IKRAM Siswa-Harmoni telah dilantik dalam Perhimpunan IKRAM Siswa Nasional 2016 (PISN ’16) pada Ahad, 4 Disember lalu.
Hukuman terhadap #Malaya4 keterlaluan
KENYATAAN MEDIA IKRAM SISWA BERKENAAN #MALAYA4
16 Disember 2016 bersamaan 17 Rabiulawal 1438H
IKRAM Siswa melahirkan rasa dukacita dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas empat aktivis mahasiswa Universiti Malaya (UM) susulan daripada penglibatan mereka dalam perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos yang lalu.
Jenayah perang di Aleppo: Hukum Syria, Iran dan Rusia!
KUALA LUMPUR – Gabungan NGO Kemanusiaan Syria dan NGO-NGO Malaysia sebulat suara mendesak PBB untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk menghukum negara Syria, Iran dan Rusia atas kesalahan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai di timur Aleppo.