Jawatankuasa Transisi IKRAM Siswa-Harmoni dilantik

Untuk tujuan penjenamaan, Jawatankuasa Transisi IKRAM Siswa-Harmoni akan terus dikenali sebagai IKRAM Siswa Nasional (ISN) sehingga Persatuan Belia Malaysia Harmoni (Harmoni) berjaya ditubuhkan dengan sempurna.

Keputusan pemilihan kepimpinan Jawatankuasa Transisi IKRAM Siswa-Harmoni adalah seperti berikut:

Presiden: Ahmad Taqiyuddin bin Shahriman (USM)
Timbalan Presiden: Syuaib bin Supani (UM)
Naib Presiden (Siswa): Muhamad Shafik Shahidan bin Fauzi (UIAM Gombak)
Naib Presiden (Siswi): Nurul Nadhirah binti Md Ridzuan (UKM)
Bendahari: Fatin Najihah binti Muhammad Lutfi (UNIMAS)

Ahli Jawatankuasa:
1. Nur Qhairun Nabila binti Hussin (UM)
2. Nur Syahira binti Hozami (UM)
3. Nurul Husna As Saedah binti Bain (USIM Nilai)
4. Maisarah binti Zulkifli (CUCMS)
5. Tengku Muhammad Ibrahim Salahuddin bin Tengku Ahmad (UM)

Selain pelantikan, PISN ’16 yang diadakan di Kompleks IKRAM di sini bertujuan untuk berkongsi halatuju IKRAM Siswa Cawangan menerusi ucapan dasar Presiden IKRAM Siswa yang dibentangkan semasa Konvensyen Mahasiswa Harmoni 2016 (Harmoni ’16) di samping menilai pencapaian semasa Perancangan IKRAM Siswa (PIS) 2016-2018 dan ISN secara keseluruhan.

   

Para peserta PISN ’16 dan ucapan perasmian

Dalam ucapan perasmian oleh Hj Amirasyid Densibali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa IKRAM di hadapan 186 peserta dari seluruh negara, beliau menyeru ahli IKRAM Siswa agar komited mempersiapkan diri secara serius dan bersedia mengambil peluang untuk menggalas tugas kepimpinan pada masa hadapan serta terus berusaha, berdoa dan bertahan dalam perjuangan ini.

Selain pembentangan Laporan Kerja Tahunan dan Laporan Kewangan, PISN ‘16 turut diserikan dengan perbahasan ucapan dasar Presiden ISN yang bertajuk “Membumikan Gagasan Kampus Harmoni dalam Perjuangan” yang disampaikan semasa Harmoni ’16 di Shah Alam pada hari sebelumnya.

 

Ucapan Marwan Abdullah dan Ahmad Taqiyuddin, Presiden ISN baharu

“Gagasan Kampus Harmoni yang dikemukakan oleh IKRAM Siswa Nasional sememangnya menjadi satu bukti perkembangan IKRAM Siswa Nasional yang memberangsangkan dalam tempoh lima tahun sejak awal penubuhannya,” kata Siraj Muneer, perwakilan IKRAM Siswa UIAM Gombak.

Beliau juga menyeru semua IKRAM Siswa Cawangan untuk menyambut baik gagasan Kampus Harmoni ini dan berusaha sedaya upaya untuk membumikan gagasan tersebut di IPT cawangan masing-masing.

Dalam ucapan sebelum pembubaran Ahli Jawatankuasa ISN sesi 2014-2016, Sdr Marwan Abdullah mengingatkan para  perwakilan bahawa pimpinan Jawatankuasa Transisi IKRAM Siswa-Harmoni yang dilantik perlu terus menyambung dan memperkasakan organisasi mahasiswa IKRAM ini dan bukan pula memulakan sesuatu yang baharu dan sewajarnya mengekalkan jiwa mahasiswa dan bersikap berani dalam memimpin dengan hala tuju yang jelas.

 

PISN diharapkan menjadi medan perwakilan-perwakilan IKRAM Siswa Cawangan untuk berbahas, mencadang, berbincang, berhujah dengan idea-idea yang jitu serta mendatangkan solusi-solusi yang mapan, menyelami susur galur masyarakat seterusnya membina sebuah generasi yang utuh demi masa depan negara.

“Saya berharap perhimpunan seumpama ini dapat dijalankan lebih kerap lagi agar pimpinan IKRAM Siswa peringkat nasional sentiasa mendapat nasihat dan melalui proses ‘check and balance’ daripada pimpinan cawangan agar perjuangan IKRAM Siswa mahupun Persatuan Belia Harmoni lebih melaju dan relevan kepada masyarakat kelak,” ujar Nurul Nadhirah yang turut terpilih sebagai Naib Presiden (Siswi) baharu IKRAM Siswa Nasional.

Album PISN ’16: http://bit.ly/2hPpQ8c

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia