Pendidikan Abad ke-21: Memperkasa Pendidikan IKRAM

Selain itu, ia bertujuan untuk menjelaskan halatuju pendidikan IKRAM 2016-2019, berkongsi sebahagian kisah kejayaaan sekolah serta meningkatkan ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga pendidik IKRAM MUSLEH. 

Dirasmikan oleh Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, dalam ucapannya, beliau mengharapkan IKRAM MUSLEH mampu memacu pendidikan negara melalui inisiatif pengislahan pendidikan dan pemerkasaan pendidikan Islam.

Dr Parid turut menggariskan strategi pendidikan masa depan yang terbaik antaranya pembangunan pelajar secara holistik, membangun kesedaran intelektual umat, pendidikan yang merentasi sempadan bangsa, sejarah dan tamadun dunia, pengukuhan penguasaan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris serta ilmu sains dan teknologi.

Konvensyen dan konvokesyen ini telah dihadiri kira-kira 400 orang warga pendidikan IKRAM MUSLEH yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Ahli Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Pusat dan Negeri, Guru Besar dan Pengetua, Guru Penolong Kanan, warga pendidik serta ahli keluarga graduan konvokesyen.

Turut hadir dalam majlis ini Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM, Prof Dr Omar Yaakob, Timbalannya, Pn Hjh Kamaliah Noordin dan Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Noor.  

Usai ucapan perasmian, Dr Parid menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang (SMI) IKRAM MUSLEH kepada Fathimah Bahirah binti Mohd Khazani , Hanis binti Mohamad Salleh dan Nuralya Najwa binti Amir Hamzah (SM Sri Al Amin Bangi) serta Nur Farihah binti Syahriza dan Muhammad Aqil bin Atan (SMI Hidayah JB).

Anugerah Kecemerlangan IKRAM MUSLEH 2015 pula disampaikan oleh Dr Omar di mana senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:

Anugerah Kurikulum IKRAM MUSLEH 2015

  • SMI Hidayah, Johor Bharu (SMIH JB)
  • SM Al Islah, Sungai Petani (SMAI)
  • SRI Hidayah, Johor Bharu (SRIH JB)
  • SR Al Islah, Sungai Petani (SRAI)
  • SR Sri Al Amin Bangi (SRIAAB)
  • SRI Al Amin Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju (SRIAAWP)

Anugerah Kepimpinan Cemerlang IKRAM MUSLEH 2015

  • Fauziah binti Ab Salam – SMIH JB
  • Yong Rafidah binti Salleh – SRI Al Amin Kemaman (SRIAAK)
  • Seri Juli Emas Wati binti Adnan – SMIH JB
  • Zunaidah binti Yacob – SRIH JB

Anugerah Ikon Guru IKRAM MUSLEH 2015

  • Ezaidin bin Norman – SMIH JB
  • Norzalina binti Nordin – SMI Hira’ Jeram
  • Zuraidah binti Aman – SMIH JB
  • Azizah binti Othman – SRI As-Sa’idiyyah (SRIAS) Seremban

  

Ikon Guru, Norzalina menerima anugerah dan warga Al Azhar bersama anugerah kualitinya

Anugerah Kualiti IKRAM MUSLEH 2015 (Lima Bintang)

  • SM Sri Al Amin Bangi (SMIAAB)
  • SM Al Azhar, Jitra (SMAZ)
  • SMIH JB
  • SRIAAB
  • SRAI Sungai Petani
  • SRIH JB

Anugerah Kualiti IKRAM MUSLEH 2015 (Empat Bintang)

  • SMAI, Sungai Petani
  • SMI Hira’ Jeram
  • SMI Al Ikram, Pulau Pinang
  • SMI Al Amin Kemaman (SMIAAK)
  • SMI Aman, Kota Bharu
  • SRIAAK
  • Sek Tahfiz Al Islah, Pulau Pinang (STAIL)
  • SRI Aman Wakaf Bharu
  • SR Al Azhar, Jitra (SRAZ)
  • SR Al Hidayah, Ipoh (SRAH)
  • SRIAS, Seremban
  • SRI Aman Kota Bharu

Penarafan empat dan lima bintang adalah hasil daripada audit jaminan kualiti IKRAM MUSLEH yang telah dilaksanakan pada tahun lalu di mana antara elemen audit merangkumi kepimpinan pengurusan sekolah, kemudahan fizikal dan sokongan murid, suasana pengajaran dan pembelajaran, pengurusan kewangan serta piawaian keselamatan dan keceriaan.

Sesi Success Stories Warga IKRAM MUSLEH pula telah dikongsikan kepada para peserta di mana SMI Al-Islah, Sungai Petani berkongsi tentang Program Silang Budaya dengan Sekolah Sin Min, SMI Hira’ Jeram berkongsi tentang kejayaan dalam Best Video Award in Young Innovate Competition.

Sesi ini juga menampilkan SMI Hidayah JB yang berkongsi tentang kejayaan dalam arena debat, SMI Al Amin Kemaman pula berkongsi kejayaan sebagai naib juara CLICK! Camp 4.0 Social Enterpreneurship for Teens dan seterusnya perkongsian mengenai kejayaan Sistem Pentaksiran Pelajar IKRAM MUSLEH (SPPIM) yang sedang digunakan di negara Brunei Darussalam.

    

 Perkongsian kisah kejayaan, pembentangan Dr Omar dan penyampaian sijil tamat syahadah

Selepas pembentangan mengenai “IKRAM-MUSLEH Menerajui Pengislahan Pendidikan Menjelang 2020” oleh Dr Omar, beliau menyampaikan sijil graduasi kepada 19 orang guru SMIH JB dan enam orang guru SRIH JB yang telah menamatkan kursus Syahadah Perguruan IKRAM MUSLEH (SPIM) yang merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme dan ketrampilan para guru.

Semoga majlis ini akan memberi semangat kepada warga pendidik IKRAM MUSLEH untuk terus memacu kecemerlangan holistik bagi membina generasi yang soleh dan musleh, insya-Allah.

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia