IKRAM kunjungi kedutaan Indonesia, Jerman ucap takziah

KUALA LUMPUR – Berikutan tragedi pengeboman di Jakarta pada 15 Januari 2016 dan kematian warga Jerman dalam serangan bom di Istanbul, Turki, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Indonesia dan Jerman.
TPPA: Adakah Amerika akan menjajah Malaysia?

Cadangan perlaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang dibahaskan di Parlimen selama dua hari akhirnya telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 26 Januari 2016. Reaksi susulan yang diterima daripada pelbagai pihak di negara ini dilihat berbeza-beza.
Ukhuwah kunci utama kejayaan

SERI KEMBANGAN – Selain berbincang dan merancang gerak kerja, pertemuan dalam Muzakarah Nasional Pimpinan Wanita IKRAM 2016 diharapkan dapat mengeratkan ukhuwah sesama pimpinan yang menjadi kunci utama kejayaan, menurut Setiausaha Wanita IKRAM, Prof Madya Dr Sabariah Baharun.
Budaya mahasiswa 3K perlu diubah – Marwan

NILAI – “Budaya mahasiswa yang hanya fokus kepada kamar, kuliah dan kafe hendaklah diubah,” kata Presiden IKRAM Siswa, Marwan Abdullah dalam ucapan pembukaan Perkampungan Nasional IKRAM Siswa (PERNAIS 2016) di Masjid Kuarters KLIA di sini.
Kesyahidan tujuh ‘bintang syurga’: HAMAS semakin kuat

GAZA – Pemimpin HAMAS, Dr Ismail Haniyeh menegaskan bahwa HAMAS semakin kuat dengan izin Allah sehingga hari ini seperti mana kemenangan yang telah diberikan kepada tujuh syuhada ‘bintang syurga’ anggota Briged ‘Izzuddin al-Qassam.