Budaya mahasiswa 3K perlu diubah – Marwan

“IKRAM Siswa perlu memainkan peranan yang penting dalam mengubah cara fikir dan budaya hidup mahasiswa zaman kini kepada mahasiswa yang lebih prihatin, aktif dan proaktif,” jelas beliau dalam program yang bertemakan “Bersiap Sedia Untuk Memacu Perubahan”. 

Beliau juga mengingatkan aktivis IKRAM Siswa bahawa sebagai sebuah organisasi yang mementingkan amal dan produktiviti, setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan IKRAM Siswa mesti dipelihara kualitinya dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh seperti mana seorang muslim memastikan kualiti amalan peribadinya seperti solat, puasa dan zakat juga dipelihara.

PERNAIS merupakan program tahunan IKRAM Siswa yang berlangsung pada 30-31 Januari 2016 telah dianjurkan secara khusus untuk menyusun langkah-langkah strategik dalam menjayakan Perancangan IKRAM Siswa 2016-2018, yang dihadiri lebih daripada 300 orang aktivis IKRAM Siswa dari seluruh Malaysia.

    

Perasmian, Anugerah IKRAM Siswa Cawangan Terbaik dan Riadah Perdana

Perkampungan anjuran IKRAM Siswa Nasional ini telah dirasmikan oleh Hj Amirasyid Densibali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM). Usai perasmian, penyampaian anugerah khas kepada IKRAM Siswa cawangan terbaik mengikut kategori diadakan di mana IKRAM Siswa Universiti Malaya telah menerima Anugerah IKRAM Siswa Cawangan Terbaik Perancangan IKRAM Siswa 2014-2015 Keseluruhan.

    

Suasana ketika muzakarah selari

Selain pengisian daripada pimpinan IKRAM dan juga riadah perdana, PERNAIS 2016 turut mengadakan 11 muzakarah secara selari dalam menentukan langkah-langkah strategik terbaik berdasarkan portfolio IKRAM Siswa Nasional (ISN) iaitu Ketua Siswi, Politik Kampus, Media & Penerangan, Tarbiah, Dakwah, Khidmat Masyarakat, Setiausaha Agung, Akademik dan Intelektualisme, Pembelaan Antarabangsa, Ekonomi & Keusahawanan dan Bendahari.

IKRAM Siswa yang merupakan sayap mahasiswa kepada IKRAM mempunyai sekitar 3,000 orang ahli daripada 30 cawangan seluruh Malaysia.

Sumber: http://www.ikramsiswa.com/
Album PERNAIS 2016: http://on.fb.me/1SSpQCX

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia