i-Bantu IKRAM Selangor giat salur bantuan di Kuantan dan Kemaman
SERI KEMBANGAN – Pasukan khidmat masyarakat i-Bantu IKRAM di beberapa daerah Selangor giat menyalurkan bantuan dan khidmat untuk mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman dalam beberapa hari ini selain i-Bantu IKRAM Kelantan, Johor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan.
Banjir di Kuantan: Catatan sukarelawan i-Bantu
Banjir di kebanyakan tempat telah pun surut. Namun kesannya masih dirasai di kebanyakan tempat. Paling terkesan, mereka yang ditenggelami air hingga cuma kelihatan atap pada rumah mereka. Kereta pun kebanyakannya tidak sempat dialihkan dan kalaupun sempat, tempat yang diletakkan kereta turut dinaiki air.