Selepas dua tahun muncul, ahli Ikram diseru lipatgandakan usaha
BANDAR SERI PUTRA – Dua tahun selepas kemunculan di persada gerakan dakwah dan kepemimpinan masyarakat, ahli teras Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) diseru untuk melipatgandakan amal dan usaha, pengorbanan, jihad dan ijtihad untuk menegakkan Islam.
Kita adalah pemimpin
BANDAR SERI PUTRA – Memilih tema yang tepat tatkala ummah dilanda pelbagai krisis kepemimpinan, dan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan memilih barisan pemimpin yang akan mengemudi negara, Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) menghuraikan dengan tegas dan berani erti kepemimpinan sebenar dan harapan yang tinggi kepada ahli-ahli teras wanita Ikram.
Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2012 – JK Pendidikan
Perutusan : Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH
16 Mei 2012
Tema: “Murabbi IKRAM-MUSLEH: Pembina Kader-kader Duat”
بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه وبعد
Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi Azza wa Jalla atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya SWT atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah SWT dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya – amiin.