Roadshow JKP: Memperkukuh Saf, Memacu Iltizam
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pusat (JKP) Pertubuhan IKRAM Malaysia telah mengadakan Lawatan atau ‘Roadshow’ ke seluruh Semenanjung Malaysia pada minggu lepas antara 17 Februari hingga 21 Februari 2012. Tujuan utama lawatan ini adalah meninjau perkembangan dakwah dan IKRAM di seluruh negara, menyampaikan perkembangan-perkembangan penting di Pusat serta mendapatkan maklum balas daripada pimpinan dan ahli-ahli di seluruh negara.
‘Pesona Cinta’ IKRAM Kuala Kangsar-Gerik
GERIK – Program Pesona Cinta kerjasama IKRAM Kuala Kangsar-Gerik dan Kolej Komuniti Gerik telah dijayakan di Dewan Persidangan Gerik di sini pada Sabtu 18 Februari 2012 yang dihadiri lebih daripada 260 peserta yang terdiri daripada pelajar kolej komuniti, ahli usrah IKRAMTeens dan wakil-wakil pelajar sekolah sekitar Kuala Kangsar dan Gerik.