Pusat STAM IKRAM ditubuhkan untuk lepasan IKRAM-MUSLEH

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat STAM IKRAM (PSI) telah ditubuhkan bertempat di Kajang. Pengajaran akan dibuat sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Keutamaan akan diberikan kepada lepasan sekolah IKRAM-MUSLEH dan anak-anak ahli IKRAM. Di samping memenuhi keperluan STAM, program pembelajaran juga diadakan bagi penguasaan ilmu Syariah.
Himpunan 901: Pendirian IKRAM

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
7 Januari 2012 bersamaan 12 Safar 1433
HIMPUNAN 901
IKRAM amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901. Dalam membuat pendirian ini, IKRAM dipandu oleh prinsip-prinsip Syariat yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak.
Tahun Baru: Tazkirah Ustazah Arpah

Tazkirah dari Ustazah Arpah Abdul Wahab, Naib Ketua Wanita IKRAM untuk dikongsi bersama sempena dua tahun baru. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.
بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Akhawat yang dirahmati Allah ‘Azza wa Jalla, sudah lebih sepurnama tahun baru Hijrah menyapa kita. Hari ini tahun baru Masihi pula datang meneruskan kembaranya… Izinkan Kak Pah berdiri sebentar di laman maya barakah ini untuk mengucapkan “Selamat menempuh tahun baru dan kehidupan dengan roh/jiwa baru”.
SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan ditubuhkan secara rasmi

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua IKRAM Wilayah Persekutuan, Prof Dr Sahrim Ahmad telah merasmikan penubuhan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP) dalam Majlis Perasmian dan Hari Induksi sekolah tersebut pada Sabtu 31 Disember 2011 yang lalu. Sekolah yang terletak di Desa Setapak, Wangsa Maju ini adalah sebuah sekolah dengan usahasama antara Pusat Pendidikan Al-Amin Gombak dengan IKRAM Wilayah Persekutuan.