Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Anda pelajar Mesir?

Pertubuhan IKRAM Malaysia menjemput semua mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di Mesir yang telah pulang ke tanah air ke program “MY EGYPT BROTHERS” – sebuah program khas untuk meraikan pelajar-pelajar Mesir yang kini sedang pulang bercuti di Malaysia. Antara program yang menanti anda ialah: – Perkongsian pengalaman kerjaya di Malaysia – Program ramah mesra antara […]

Ibu Pejabat IKRAM berwajah baru

SERI KEMBANGAN – Ibu Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di No 9, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah, di sini baru sahaja selesai diubah suai.

Menurut Penolong Setiausaha Agung IKRAM, Haji Mohamad Yaakub Idris, kerja-kerja mengubah suai dimulakan sejak 16 November tahun lalu dan kini sudah 95 peratus siap. Kos keseluruhan pengubahsuaian menelan belanja sehingga RM150 ribu dan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakannya merupakan seorang ahli IKRAM.

Sebuah kereta untuk guruku

(Sebuah kisah benar sebagai motivasi hidup berjemaah di jalan dakwah)

Tidak mampu melakukan sesuatu bukan bermakna tidak mampu melakukan apa-apa! Setiap manusia dilahirkan bersama kemahiran dan keistimewaan masing-masing. Ia adalah fitrah dan sunnatullah.

Itulah falsafah hidup yang digenggam kukuh oleh dua orang akhawat yang telah berniat mewakafkan hidup mereka untuk Allah dan risalah dakwah. Mereka adalah ahli-ahli usrah Ustazah Maznah Daud, Ketua Wanita IKRAM.

Apa yang Ikhwanul Muslimin kehendaki?

(Pendirian Ikhwanul Muslimin dalam penyertaan kebangkitan rakyat Mesir dapat disimpulkan menerusi rencana Essam El-Errian yang disiarkan oleh akhbar New York Times pada 9 Februari, 2011 ini.)

Rakyat Mesir telah menyatakan pendirian dan menzahirkannya secara empati. Dalam tempoh dua minggu demonstrasi, kami secara teguh menuntut demokrasi dan kebebasan. Ini adalah usaha sekumpulan rakyat Mesir yang berani yang mencetuskan peristiwa dan peluang bersejarah ini pada 25 Januari. Ikhwanul Muslimin komited dalam menyertai usaha peringkat negara untuk kemajuan dan reformasi.

IKRAM Teens Daerah Batu dilancarkan

BATU CAVES – Pada 15 Februari lalu, bertempat di pejabat IKRAM Daerah Batu, IKRAM Teens Daerah Batu telah dilancarkan. Perasmian majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pemuda IKRAM Daerah Batu, Ammar Mohd Zain.

Dengan moto, “Menyerlah Jauh daripada Biasa”, IKRAM Teens menawarkan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan kekuatan mental dan fizikal, antaranya paintball, futsal, bowling, dialog, ‘Remaja Raikan Ramadan’ dan ‘Meniti Usia Baligh’.

Surat Ikhwanul Muslimin untuk rakyat Amerika

(Surat ini ditulis oleh Abdel Moneim Abou el-Fotouh dan telah disiarkan dalam akhbar Washington Post, Khamis, 10 Februari 2011)

Seperti juga rakyat Mesir dari segenap lapisan masyarakat, kami dalam Ikhwanul Muslimin mengambil bahagian dalam kebangkitan popular untuk menggulingkan seorang diktator yang represif. Hampir keseluruhan rakyat Mesir menuntut pengusiran Hosni Mubarak dan rejimnya.

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia