Gejala zina perlu penyelesaian lebih holistik – Wanita IKRAM
PUTRAJAYA – Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia percaya gejala zina yang menjadi punca pembuangan bayi dalam masyarakat hari ini boleh dicegah sekiranya penyelesaian yang lebih holistik dilakukan.
Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Maznah Daud berkata, perbincangan yang dipaparkan di dada-dada akhbar tidak menampakkan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.
Perancangan strategik IKRAM laksanakan tuntutan lima maqasid syariah – Presiden
KUALA LUMPUR – Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menegaskan bahawa Perancangan Strategik IKRAM adalah untuk melaksanakan tuntutan lima maqasid syariah. Ia semestinya menjadi kewajipan setiap Muslim untuk melaksanakannya dalam realiti kehidupan kerana ia merupakan satu perjuangan untuk mengangkat martabat umat ke tahap yang tinggi. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam persidangan kedua Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).
Banyak tanda tanya penahanan Zunar
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 September 2010 / 17 Syawal 1431
BANYAK TANDA TANYA PENAHANAN ZUNAR
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius mengenai penangkapan dan penahanan kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar di bawah Akta Hasutan.
IKRAM pada dasarnya bersetuju dengan keperluan untuk melindungi masyarakat awam daripada diperdaya dengan laporan dan pengkhabaran palsu yang mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat. Namun, tindakan keras yang diambil pihak polis dalam menahan Zunar menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan demi mengekalkan kepercayaan masyarakat akan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam menerima sebarang maklumbalas daripada masyarakat mengenai perlaksanaan amanah dan tanggungjawab kerajaan.