KIMB sasar 5,000 pelanggan baru Kad Kredit-i Bank Rakyat
TAMAN MELAWATI – Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) menyasarkan 5,000 pemegang kad baru Kad Kredit-i Bank Rakyat menjelang hujung tahun ini, khususnya dalam kalangan ahli Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM).
Gejala zina, buang bayi harus ditangani secara holistik
KOTA BHARU – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Kota Bharu dan Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Kelantan berpendapat bahawa gejala buang bayi yang semakin meningkat dalam masyarakat hari ini berpunca daripada pergaulan bebas dan jenayah zina yang tidak ditangani sewajarnya.
Hak dan Kewajipan Ahli
HAK AHLI Ahli Biasa Ahli Biasa berhak mengambil bahagian dalam program dan kegiatan umum IKRAM. Ahli Biasa berhak menghadiri mesyuarat di peringkat Daerah. Ahli Biasa berhak untuk bersuara dan mengundi untuk semua pemilihan pada peringkat Daerah. Ahli Aktif Ahli Aktif mempunyai semua hak Ahli Biasa, dengan ditambah hak-hak berikut: Mengundi untuk semua pemilihan pada peringkat […]
Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM
Ucaptama Sempena Majlis Pelancaran IKRAM
Melaksanakan Misi, Menjayakan Visi
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهديه باحسان الى يوم الدين أما بعد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Sudah lebih 52 tahun kita meninggalkan era penjajahan terhadap negara ini. Berbagai-bagai peristiwa penting telah terjadi; sudah 12 kali pilihan raya berlangsung dan pemimpin silih berganti. Namun keadaan kita hari ini masih tidak menepati sasaran hidup masyarakat Islam yang maju dan berjaya. Kita masih tidak ditadbir oleh kepemimpinan Islam yang berwibawa. Kita masih tidak dinaungi peraturan hidup atau syariah yang adil yang mengatur urusan negara dan kehidupan rakyat sepenuhnya tanpa pengecualian.
14 sukarelawan VP5 selamat pulang ke tanah air
SEPANG – Ketibaan 14 warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan konvoi jalan darat Viva Palestina Kelima (VP5) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini kira-kira jam 4.30 petang semalam disambut meriah oleh lebih 200 orang ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.
“Prestasi tarbiah meningkat tetapi kerja kita masih banyak”
SERDANG – “Prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM meningkat baik namun tarbiah adalah proses yang berterusan dan kita perlu memperbaiki segala kekurangan,” demikian kata Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM ketika diminta pendapatnya mengenai prestasi tarbiah ahli-ahli IKRAM secara keseluruhan.