Zero Waste selari konsep Negara Rahmah

Kaedah itu diperkenalkan kepada penduduk Shah Alam khususnya penduduk sekitar Seksyen 8 melalui pelancaran kempen alam sekitar 4R (Reduce, Reuse, Recycle & Recover) baru-baru ini.

Menurut Dr Nurhidayah Hashim, selari dengan konsep Negara Rahmah, ‘zero waste’ merupakan kaedah untuk menjaga alam sekitar dengan mengasingkan sampah mengikut kategori untuk meminimumkan jumlah sampah yang tidak boleh dikitar semula.

Berkongsi pengalamannya menetap di luar negara, beliau berkata, kaedah itu telah diaplikasikan di negara-negara maju seperti Jepun dan Australia untuk mengurangkan kuantiti sampah seterusnya memproses bahan itu menjadi produk terpakai.

YB Najwan merasmikan kempen 4R ‘Zero Waste’

“Sebelum ini kita diperkenalkan dengan konsep 3R (Reduce, Reuse, Recycle) tetapi untuk 4R kita menambah satu lagi iaitu ‘recover’.”

“Bahan yang boleh diolah menjadi benda baru, contohnya kulit pisang, kulit epal, nasi basi, sayur yang rosak di dalam peti sejuk boleh dijadikan benda baru seperti baja.”

“Yang terbaru, ada yang mengolah sepanduk-sepanduk lama dan dijadikan sebagai beg.”

“Itu yang dipanggil sebagai ‘recover’,” katanya yang membentangkan slot ‘Zero Waste Menuju Rahmatan Lil Alamin’ dalam program anjuran Wanita IKRAM Shah Alam pada 12 Januari lalu.

Pelancaran kempen itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, YB Mohd Najwan Halimi dan disertai kita-kira 40 orang penduduk setempat.

Dalam program itu, peserta diajar mencipta ‘eco-brick’ yang dibuat daripada hasil sampah plastik dan botol terpakai di rumah. Hasilnya, ia boleh digunakan sebagai perabot, pentas dan dinding rumah.

Ketua Wanita IKRAM Shah Alam, Nor Hayati Mohd Yussoff berkata, kempen ini diadakan kerana bimbang masa depan alam sekitar.

“Kita tahu tempat pembuangan sampah semakin lama semakin terhad dan pembuangan sampah semakin hari semakin meningkat dan ia memberi kesan yang sangat berat kepada alam sekitar.”

“Kita bimbang di masa akan datang mungkin dari sudut kesihatan alam sekitar akan memberi kesan yang buruk kepada generasi akan datang.”

Katanya, kempen ini akan berjalan sehingga April 2019 dengan kerjasam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dan 4.

“Kita ada rancangan bersama-sama dengan MBSA untuk membersihkan tasik di Seksyen 7 sebab di situ kita dapati di tasik itu ada banyak botol-botol plastik yang terperangkap.”

Walaupun MBSA melakukan kempen yang sama sebelum ini, Hayati menegaskan NGO berperanan untuk membantu menyebarluaskan mesej seperti ini kepada seluruh ahli masyarakat.

”Kalau hanya mengharapkan MBSA saja buat, mungkin perkara ini tidak akan berjaya dengan cepat,” tambahnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia