yaIKRAM, MyCARE Perhebat Bantuan untuk Mangsa Banjir

yaIKRAM, MyCARE Perhebat Bantuan untuk Mangsa Banjir | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Musim tengkujuh yang melanda negara telah menyebabkan beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas teruk akibat banjir. 

Dalam usaha meringankan beban mangsa banjir, Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM) dan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah giat menggerakkan misi bantuan sejak penghujung November lalu.

Para sukarelawan yang dikerah tidak hanya menyediakan bantuan asas, tetapi juga menjadi tulang belakang kepada usaha menyelamat dan membantu memulihkan kehidupan mangsa banjir. 

Mereka juga bertungkus-lumus mengagihkan dalam pelbagai bentuk bantuan termasuk pek makanan, pek keperluan asas,, kit kebersihan, barangan dapur dan barangan penting lain serta perkhidmatan pembersihan rumah pascabanjir.

Operasi bantuan di Kelantan

Pada 10 Disember lalu, pasukan sukarelawan yaIKRAM dan MyCARE telah menyantuni 30 keluarga mangsa banjir di Taman Sri Bayu, Tumpat serta Kampung Kelawar dan Kampung Lancang, Pasir Mas. Bantuan yang diberikan melibatkan pek makanan dan tenaga mencuci rumah dengan penyertaan 10 sukarelawan.

Pada hari yang sama, misi bantuan diteruskan ke Kampung Kubang Moktan dan Kampung Kulim, Rantau Panjang, dengan 100 keluarga menerima bantuan berupa pek makanan dan lampin pakai buang yang disampaikan oleh lapan sukarelawan.

Keesokannya, pasukan ini juga melaksanakan operasi di Kampung Bakong, Pasir Mas, termasuk membantu membersihkan kawasan Sekolah Tahfiz Kampung Bakong.

Seramai sembilan sukarelawan daripada yaIKRAM, MyCARE dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) telah mengedarkan 75 pek makanan asas kepada mangsa banjir di Kampung Pohon Tanjong dan Kampung Merbau.

Kawasan lain yang turut dibantu termasuklah antaranya Kampung Kajang Sebidang, Banggol Chicha, Taman Kasturi, Kampung Jerangau, Gual Ipoh dan Kolam Abu.

Misi di Terengganu

Di Terengganu, operasi bantuan dimulakan pada 6 Disember 2024, menyasarkan 50 keluarga di Kampung Darau, Kampung Padang Baloh dan Kampung Gong Duek. Bantuan berupa pek makanan kering seperti beras, minyak masak, sardin, biskut, dan bihun diagihkan oleh enam sukarelawan.

Sementara itu, di Kemaman dan Kerteh, sebanyak 45 keluarga menerima bantuan serupa pada 7 Disember 2024, melibatkan sokongan 11 sukarelawan.

Di Johor dan Kedah, pasukan MyCARE dan yaIKRAM turut memfokuskan bantuan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan menyediakan sokongan emosi kepada mangsa, khususnya kanak-kanak.

Bantuan masih diperlukan

Pasukan bantuan di lapangan melaporkan bahawa mangsa banjir masih memerlukan pelbagai keperluan mendesak seperti toto, bantal, selimut, tilam, periuk elektrik dan jag elektrik. Selain itu, permintaan tinggi juga dilaporkan untuk lampin pakai buang bayi dan tuala wanita.

Dalam misi yang dijangka berterusan sehingga Januari 2025, Yayasan Ikram Malaysia dan MyCARE bercadang untuk memperluaskan kolaborasi dengan agensi kerajaan mahupun sektor korporat untuk menyediakan makanan yang siap dimasak, kit kebersihan serta bantuan wang tunai bagi mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Semua bantuan ini dirancang akan disalurkan terus kepada mangsa, sama ada di rumah mereka atau di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Bersama ringankan beban mangsa banjir

Setakat ini, jumlah bantuan banjir yang telah berjaya dicapai melalui Yayasan Ikram Malaysia adalah lebih RM100,000. Walau bagaimanapun, ia masih memerlukan sumbangan tambahan kira-kira RM400,000 untuk mencapai sasaran dan memenuhi keperluan mendesak mangsa.

Dengan sumbangan ini, Yayasan Ikram Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pihaknya untuk menyalurkan bantuan.

Namun, misi ini masih memerlukan lebih lagi sumbangan daripada masyarakat yang amat prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa banjir.

Dengan setiap ringgit yang disumbangkan, lebih ramai mangsa banjir yang dapat dibantu. Bagi mereka yang masih ingin menyumbang, anda boleh menyalurkan bantuan melalui pautan berikut:

https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/CaknaBanjir_7 

Anda juga boleh menyalurkannya melalui akaun bank Yayasan Ikram Malaysia:

Maybank: 5621-4240-4402 (Rujukan: CaknaBanjir)

Kerjasama dan sokongan anda semua amatlah dihargai untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang sedang diuji dengan musibah ini. Nabi SAW bersabda (maksudnya):

“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf, pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (HR Muslim, 2588)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia