XPERT latih berkomunikasi dengan masyarakat

Kem selama tiga hari dua malam yang berlangsung dari 30 November hingga 2 Disember lalu disertai seramai 94 orang remaja dan enam orang pengiring dari seluruh negara.

Dirasmikan oleh Ketua IKRAM Muda Pulau Pinang, Sdr Ya’akob Yusof, para peserta melalui pelbagai aktiviti menarik sepanjang kem ini.

Pengarah XPERT 2019, Khairilazhar Karim berkata, pada hari pertama, peserta melalui slot Kais Petang Makan Petang.

“Mereka akan menjual produk atau servis bagi mengumpul dana sebanyak RM200 yang akan disumbangkan kepada tabung Back2School i-Bantu,” jelasnya.

Pada hari kedua pula, menurutnya, mereka melalui pengalaman yang sangat berharga melalui slot Explorace mengelilingi pulau.

Tambahnya, setiap checkpoint ada tugasan yang perlu ditempuhi peserta antaranya bergambar dengan pelancong asing serta flashmob lagu tema XPERT, Gelombang Keadilan.

“Dan yang paling mencabar bagi peserta adalah mendapatkan pandangan daripada pelancong asing tentang Islam.

“Kebanyakan pelancong asing dari Itali dan Jepun kurang fasih berbahasa Inggeris,” katanya lagi.

Jelas Khairilazhar lagi, pada hari terakhir, peserta ditugaskan untuk menyiapkan pesembahan video selama tujuh minit yang akan ditayangkan dalam slot Tayangan Perdana pada penghujung kem.

“Hebat dan kreatif, itulah yang digambarkan kepada hasil video-video peserta XPERT 2019.”

XPERT merupakan modul ketiga dalam PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) yang dikendalikan oleh IKRAMTeens, sebuah kelab remaja di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Lagi foto XPERT 2019: http://bit.ly/foto-xpert19

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia