Warkah Etnomonologi Mahsuri Buat Warga Merdeka

Warkah Etnomonologi Mahsuri Buat Warga Merdeka | IKRAM

Warkah etnomonologi ini mengisahkan perihal kehidupan sosial yang bersifat abstraktif daripada legenda Mahsuri, Langkawi. Ia berasaskan fenomenologi iaitu menjurus kepada realiti sosial yang dibina atas andaian dan hipotesis etnomonologi.

Melalui warkah ini, fenomena atau realiti sosial yang terlindung dalam kehidupan masyarakat Mahsuri dapat dilihat dengan jelas.

Warkah ini dikukuhkan dengan pendekatan dialetik berasaskan pengetahuan lokal. Hal ini tidak akan dapat disingkapi jika unsur diaspora yang mempunyai peranan penting  dalam membentuk citra suatu bangsa itu dikaji.

Justeru, warkah ini memberi fokus kepada mengungkap pembangunan dan cabaran  Diaspora Citra Bangsa  (local genius) pada legenda Mahsuri, Langkawi, Malaysia, bernaratifkan analogi nasihat kepada warga merdeka Malaysia.

Diaspora warga merdeka

Dalam konteks warga merdeka Malaysia, aspek diasporik politik tergambar pada situasi kala merdeka dan pasca. Maka, ia merujuk kepada penyebaran kelompok kemerdekaan daripada gengsi perpaduan, baik dengan elemen dipaksa atau sukarela.

Keadaan ini turut mengarah kepada penyebaran kelompok kemerdekaan secara kolektif dalam masyarakat. Sejarah politik Malaysia telah menunjukkan bahawa warga merdeka Malaysia telah terpisah atau dipisahkan dari tanah aliran politik masa, semasa itu dan ternyata telah menjadi suatu peristiwa besar dalam kemerdekaan.

Diaspora warga merdeka Malaysia ini membawa pengertian, “menyebarkan atau menabur benih.” Memandangkan diaspora berbeza dengan imigrasi, diaspora warga merdeka Malaysia telah mengharuskan  anggota  suatu masyarakat  warga merdeka Malaysia untuk pergi bersama  halaman mereka.

Sementelah, warga merdeka Malaysia yang melakukan diaspora dilihat dicirikan  dengan  usaha  untuk  mempertahankan  budaya,  agama dan kebiasaan lainnya di tempat/ ruang baru. Terlihat warga merdeka Malaysia hidup berkelompok dengan sesamanya dan kadang tidak mahu berinteraksi dengan warga tidak sejalan.

Walau bagaimanapun, warga merdeka Malaysia  yang mengalami diaspora tetap nampak berusaha mempertahankan ikatan komuniti yang kuat beserta dengan tradisi, budaya dan agama.

Ironinya, selain  berusaha  untuk  mempertahankan  identiti,  warga merdeka Malaysia bertekad suatu  saat  nanti untuk  kembali ke tanah  air/ perjuangan walau hanya  sekadar  berkunjung  atau  untuk  hidup  bermastautin. Ternyata tekad itu ditekatkan!

Nilai, arif dan sejahtera

Maka, kearifan lokal dalam ragam diaspora warga merdeka Malaysia dapat dibezakan jenis-jenisnya, antara lain: sosio-politik, etika sopan santun pergaulan, kesenian, mata pencarian hidup, kesihatan dan ubat, sosioekonomi dan bermasyarakat, juga pemerintah. 

Local genius kebudayaan warga merdeka Malaysia terlihat mempunyai dua elemen:

  1. Segala  nilai,  konsep  dan teknologi yang telah dimiliki sebelum mendapat pengaruh asing;
  2. Daya yang dimiliki untuk menyerap, mentafsirkan, mengubah dan mencipta, sepanjang terjadinya pengaruh asing. 

Sumpah Mahsuri

Apabila Mahsuri ditangkap, dibawa ke Padang Hangus dan diikatkan di pokok asam jawa, beliau diperintahkan dibunuh dengan rejaman  tombak, tetapi tombak-tombak  tersebut tidak lut ke tubuhnya.

Mahsuri sendiri telah memberitahu rahsia kekebalannya iaitu tombaknya sendiri. Apabila menggunakan tombak tersebut, darah terpancut berwarna putih.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri melafazkan sumpah bahawa Langkawi akan menjadi tandus seperti ‘padang jarak padang tekukur’ membawa makna bahawa Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan. 

Warga merdeka Malaysia ‘ditangkap’ dalam kancah sejarah yang panjang. 100 tahun kemasyhuran Melaka dengan perdagangan entrepot dan lingua franca, 400 tahun penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Enam puluh enam tahun kemerdekaan termasuk tribulasi pembentukan watan Malaysia 1963, warga merdeka Malaysia sebenar-benarnya telah dibawa ke medan perjuangan dan diikatkan di ‘pohon’ kekusutan.

Maka, warga merdeka Malaysia diperintah ‘di penjara’ dengan hukuman tetapi senjata-senjata  tersebut tidak lut ke tubuh warga merdeka Malaysia. Warga merdeka Malaysia sendiri telah memberitahu rahsia kekebalannya iaitu ideologinya sendiri.

Apabila menggunakan ideologi tersebut, hukuman dilanjut. Sebelum dianjutkan, warga merdeka Malaysia melafazkan sumpah bahawa Malaysia akan dimerdekakan!

Justeru, suburlah ideologi bangsa dengan ketuhanan, kesetiaan kepada Raja, luhur perlembagaan, daulatnya undang-undang serta kesusilaan!

Diaspora citra bangsa

Pembangunan dan cabaran diaspora citra bangsa (local  genius), warga merdeka Malaysia dapat dikenal pasti seperti perkara-perkara berikut:

  1. Ideologi politik: Simbol kemakmuran dan punca nadi yang perlu dihormati.
  2. Etika sopan santun pergaulan: Kecantikan pekerti dan personaliti serta keperibadian   tinggi yang digambarkan melalui watak pemimpin madani.
  3. Karisma: Elemen psiko mistik/kesaktian; kepercayaan masyarakat yang rezeki politik warga merdeka Malaysia bukan hanya dianugerahkan untuk seseorang, malah untuk  perkongsian bersama/ majmuk.
  4. Mata pencarian hidup: Sistem sosioekonomi inklusif.
  5. Institusi  keluarga dan masyarakat; Sistem sosioekonomi dan sosial politik warga merdeka Malaysia telah lama terbentuk dan bersifat ‘establish.’
  6. Hidup berumah tangga dan bermasyarakat.
  7. Pemerintah: Tragedi ‘penjara’ penjajah terhadap warga merdeka Malaysia menggambarkan protes terhadap ketidakadilan pemerintah.
  8. Kesihatan dan ubat: Masyarakat warga merdeka Malaysia terkesan dengan  kemerosotan digambarkan daripada  kesan sumpahan (ketidakadilan) lantas terus juang! 

Pada fasa latar belakang warga merdeka Malaysia, terdapatnya elemen-elemen kemajuan, kemakmuran, tuah dan keperwiraan. Keluarga yang bermula berwarga merdeka Malaysia menjadi makmur dengan meningkatnya elemen psikososial keluarga.

Manakala, pada fasa zaman ‘muda’, warga merdeka Malaysia dapat dilihat pula tentang ketampanan dan keperibadian yang dicemburui.

Walaupun diselubungi konflik etika-moral- integriti, warga merdeka Malaysia bagaimanapun ditakdir berjodohan dengan isteri yang baik, pertiwi dan pintar dalam ilmu politik. Keadaan ini menggambarkan kelangsungan tinggi identiti kepada generasi warga merdeka Malaysia yang mendatang.

Pada fasa tragedi dan kesan tragedi, warga merdeka Malaysia yang dilihat sebagai  klimaks, dapat diperhatikan bahawa fitnah adalah merupakan mudarat sosial yang sangat membinasa.

Fitnah yang tidak diselidiki dan hukuman yang tidak berasas pula telah menjadikan warga merdeka Malaysia  teraniaya  dan  menjadi mangsa. Tambahan pula, ketidakadilan sosial dalam konteks ini dilihat sebagai tiada pembelaan.

Justeru, elemen psikomistik/kesaktian telah menggambarkan ihsan kepada watak warga merdeka Malaysia yang tidak mendapat keadilan dan pembelaan wajar daripada persekitaran  sosiopolitik beliau berada.

Elemen sumpahan pula bukanlah sebagai hukuman tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada seluruh masyarakat supaya fitnah dihindarkan dan keadilan serta pembelaan ditegakkan hingga penganiayaan dapat  dihindarkan.  

Mekarlah diaspora wangsa Merdeka Malaysia!

Tragedi warga merdeka Malaysia sebenarnya bukan sahaja telah menyampaikan  mesej, malah telah menyebarluaskan sebuah formula kesejahteraan sosial kepada  seluruh warganya.

Oleh yang demikian, pembangunan dan cabaran diaspora citra bangsa (local  genius), warga merdeka Malaysia dapat dikenal pasti sebagai terangkum dalam aspek-aspek seperti ideologi politik, etika sopan santun pergaulan, karisma, mata pencarian hidup, kesihatan dan ubat, hidup berumah tangga dan bermasyarakat dan pemerintah

Dr Rosfazila Abd Rahman
Pensyarah Kanan/penyelidik
Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan
Universiti Islam Selangor (UIS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia