Misi anjuran sebuah NGO rakyat Palestin di Malaysia, Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dengan kerjasama i-Bantu dan Aqsa Syarif menyalurkan bantuan dengan membersihkan rumah-rumah yang terkesan akibat banjir.
Destinasi pertama misi adalah Pejabat IKRAM Daerah Temerloh. Kemudian, misi menuju ke Kampung Paya Luas, Temerloh dan berjaya membersihkan kawasan dalaman tiga buah rumah di sini.
Peralatan yang sangat membantu adalah ‘waterjet’, penyembur air berkuasa tinggi beserta alat penolak air dan juga berus. Hampir sehari suntuk diperlukan untuk menyelesaikan kesemua tugas-tugas tersebut.
Nurhaliza Othman, 48, isteri kepada salah seorang tuan rumah tersebut mengatakan ujian sebegini perlulah diredhai untuknya beliau dan keluarganya.
Sebahagian daripada para pelajar Palestin tidak dapat menunggu hingga hari kedua kerana mereka perlu bersedia untuk peperiksaan di universiti.
Terharu dengan usaha dan kesungguhan mereka. Syabas dan tahniah kepada rakyat Palestin di Malaysia yang menunjukkan solidariti mereka meskipun negara mereka dalam keadaan kesusahan dan terjajah lebih separuh abad.
Sumber: http://on.fb.me/17cisgP