Wanita pelengkap kesejahteraan negara

“Usaha pemberdayaan wanita untuk setiap lapisan masyarakat merentasi usia dan sempadan geografi perlu dijayakan oleh semua pihak,” kata Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh dalam ucapan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 pada Ahad lalu.

 

Beliau yakin dengan meningkatnya penglibatan wanita dalam semua bidang khususnya dalam peringkat pembuat keputusan, ia dapat membantu menyelesaikan isu-isu wanita.

Namun jelasnya, dalam kerangka perjuangan membela nasib wanita, perlu dilihat bukan sahaja daripada prinsip kesamarataan atau kesetaraan (equality) tetapi ia juga dari sudut kesaksamaan dan keadilan (equity).

“Prinsip asas ini mengaitkan peranan, tanggungjawab, hak lelaki dan wanita dengan mengambil kira kekuatan dan kelemahan masing-masing.”

Tambahnya, Wanita IKRAM membawa naratif pertengahan iaitu setiap lelaki dan wanita perlu sokong menyokong antara satu sama lain bagi mengimbangi segala urusan sama ada dalam keluarga, masyarakat dan juga pembangunan negara untuk mencapai kesejahteraan bersama.

“Wanita ke hadapan bukan bertujuan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab asas kaum lelaki, sebaliknya untuk saling melengkapkan dalam menyumbang kepada kesejahteraan umat dan negara.”

Menurutnya, masyarakat perlu terus dididik untuk menghormati wanita dan menghargai perbezaan gender dalam menentukan peranan masing-masing dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat.

“Pembentukan dasar dan polisi yang melibatkan pembangunan dan pembelaan wanita perlu dibuat dengan mengambil kira peranan, tanggungjawab dan hak wanita.”

Tambahnya lagi, ekosistem sokongan wanita perlu diperkasakan untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan di samping mempelbagaikan skim kerja dan sokongan ekonomi yang mesra wanita dan keluarga.

Bagi Pengarah Program Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020, Dr Diana Katiman, Wanita IKRAM mengguna pakai tema yang diketengahkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu ‘Seimbang Untuk Sejahtera’.

Jelasnya, pihaknya telah menganjurkan beberapa program sempena sambutan tersebut pada 4 hingga 8 Mac 2020 di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya dengan sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung.

Program-program yang telah diadakan antaranya perkongsian pengalaman usahanita berjaya, bedah buku, Sembang Bernas ‘Seimbang Untuk Sejahtera’, sentuhan selamat, pameran anti dadah dan pemeriksaan kesihatan serta edaran bunga ros untuk wanita.  

Namun tambahnya, berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai peningkatan mendadak kes COVID-19, sebahagian program pada 6 dan 7 Mac terpaksa ditangguhkan dan program kemuncak pada 8 Mac pula dipindahkan ke Kompleks IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia