Wanita IKRAM sertai himpunan aman #HentikanRogol

Perhimpunan itu juga diadakan ekoran pembebasan seorang lelaki berusia 60 tahun di Sarawak yang terlepas dari tuduhan hukuman merogol remaja perempuan berusia 15 tahun pada 7 Mei lalu.

Wanita IKRAM, All Women’s Action Society (AWAM) termasuk beberapa NGO wanita lain turut sama menyertai bantahan #HentikanRogol ini yang bermula di Kompleks Sogo pada jam 4.00 petang.

   

Selain Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan Setiausahanya, Prof Madya Dr Sabariah Baharun beserta ahli-ahli IKRAM yang lain turut bersama-sama berhimpun memberikan sokongan terhadap kempen ‘Citizens Against Rape Walk’ ini.

Kira-kira 300 orang turun ke himpunan ini berpakaian oren bagi menandakan masa depan yang cerah untuk wanita dan kanak kanak untuk bebas daripada keganasan seksual. Turut hadir memberikan sokongan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor dan Naib Presiden IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

Perhimpunan anjuran Citizen Against Rape (CAR) ini turut membawa mainan dan bunga sebagai peringatan bahawa kanak-kanak mempunyai hak  bebas daripada segala bentuk keganasan seksual.

   

Peserta himpunan membawa sepanduk sambil melaungkan slogan Stop Rape dan seterusnya bergerak menuju ke KLCC selepas ucapan oleh beberapa pemimpin NGO yang terlibat. Perhimpunan yang sama turut diadakan di Kuching, Sarawak pada hari sebelumnya.

Wanita IKRAM menyokong kempen seperti ini atas dasar prinsip menyatakan bantahan kepada rogol yang diharamkan dalam Islam dan meningkatkan kesedaran orang awam tentang kesalahan rogol.

Di samping mengenegahkan pendekatan Islam dalam menangani gejala rogol, kempen ini sebagai tanda solidariti Wanita IKRAM kepada mangsa dan keluarga mangsa rogol serta menyatakan kekesalan dan kesedihan atas peningkatan kes rogol terutamanya yang melibatkan mangsa kanak-kanak.

Foto 1: http://on.fb.me/1GuTJmd

Foto 2: http://on.fb.me/1IwADeQ

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia