SKIPS 2026: Tiga Sekolah Musleh Raih Lima Bintang

PUTRAJAYA – Sebanyak 11 sekolah rangkaian dan rakan Musleh berjaya memperoleh pengiktirafan empat dan lima bintang menerusi penilaian Sistem Kualiti Institusi Pendidikan Swasta (SKIPS) 2026.

Daripada jumlah itu, tiga sekolah rangkaian Musleh yang berjaya meraih lima bintang ialah Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Amin Gombak, SRI Aman Wakaf Bharu dan SRI Aman Kota Bharu. Sementara itu, lapan lagi sekolah rangkaian dan rakan Musleh menerima pengiktirafan empat bintang iaitu:

  1. SRI Hidayah Pasirris Batu Pahat
  2. SRI Sri Al-Amin Bangi
  3. SRI i-Musleh Melaka
  4. SRI As-Saidiyyah Seremban
  5. SRI Al-Ikram Pulau Pinang
  6. SRI Al-Amin Kemaman
  7. Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Amin Nilai
  8. SRI Hidayah Desaru (Sekolah Rakan Musleh)

 

Pencapaian melalui SKIPS ini sekali gus mencerminkan komitmen berterusan institusi berkenaan dalam memperkukuh kualiti pendidikan Islam.

Pengiktirafan itu diumumkan dalam Majlis Anugerah SKIPS bagi tahun 2025 dan 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat lalu.

Majlis anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Pendidikan Swasta itu disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Puan Sarina Salim.

Secara keseluruhan, daripada 50 sekolah rendah agama yang dinilai menerusi SKIPS 2026, sebanyak 23 sekolah berjaya memperoleh pengiktirafan empat dan lima bintang. Sebanyak 11 daripada sekolah yang mencapai penarafan tersebut merupakan sekolah rangkaian dan rakan Musleh.

Mengulas pencapaian itu, Ketua Sektor Kualiti, Centre for Learning Excellence (CLE), Dr. Shahrinizam Mohd Amin berkata, pembangunan institusi pendidikan berkualiti tidak seharusnya hanya berorientasikan pencapaian akademik, sebaliknya perlu turut menitikberatkan pembentukan generasi Muslim yang berilmu, berakhlak dan mampu menyumbang kepada masyarakat serta ummah.

Menurutnya, pengiktirafan berkenaan sewajarnya menjadi dorongan kepada pihak sekolah untuk terus menilai dan menambah baik amalan pengurusan, kualiti perkhidmatan serta persekitaran pembelajaran selaras dengan keperluan pendidikan murid yang semakin berkembang.

Sehubungan dengan itu, Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) sebagai institusi pendidikan di bawah IKRAM Pertubuhan IKRAM Malaysia, merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua sekolah yang menerima pengiktirafan berkenaan.

MIEB berharap pencapaian tersebut menjadi pemangkin kepada usaha penambahbaikan berterusan serta menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam kalangan sekolah rangkaian dan rakan Musleh bagi meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh.

Sumber: FB Musleh

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia