Wanita IKRAM Kulaijaya prihatin, sedia kelengkapan sekolah 72 murid

Dengan sumbangan daripada badan korporat, syarikat perniagaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu-individu yang prihatin, seramai 72 murid dari pelbagai sekolah sekitar Kulaijaya telah menerima barangan asas sekolah berupa dua pasang pakaian seragam sekolah, dua pasang stokin, sepasang kasut serta beg sekolah.

Sebagaimana disasar dalam objektif program, penerima sumbangan terdiri daripada anak-anak keluarga kurang mampu dari pelbagai bangsa dan agama. Pada tahun ini seramai 13 orang anak dari bangsa India, 18 orang dari bangsa Cina sementara 41 lagi dari bangsa Melayu menerima sumbangan.

Keprihatinan Wanita IKRAM Kulaijaya melaksanakan tanggungjawab sosial turut dirasai bersama syarikat-syarikat perniagaan seperti Syarikat Yee Fat Trading Sdn Bhd, TJ Mart Sdn Bhd, Naswa Bakti Enterprise, individu-individu serta NGO setempat seperti Yayasan Amal Malaysia daerah Kulaijaya. Penglibatan sekolah-sekolah dan guru-guru di sekitar daerah Kulaijaya dalam menjayakan program kali ini telah mewujudkan jalinan persaudaraan merentasi bangsa dan agama.


Bermula jam 11 pagi, kehadiran awal peserta BTS 2011 bagi mencuba saiz pakaian serta kasut sekolah. Kemudian peserta BTS 2011 dijamukan dengan makan tengahari. Selesai makan tengahari, peserta Muslim BTS 2011 dibawa ke Masjid Saleng bagi melaksanakan solat Zohor.

Selepas Zohor bermulanya majlis rasmi BTS 2011 di ruang legar TJ Mart,  dimulai dengan bacaan Al-Quran oleh adik Muhammad Fiqry dari SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, dengan menggunakan Al-Quran versi tulisan braille. Kemudian diikuti dangan tayangan multimedia memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa IKRAM Daerah Kulaijaya serta aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.


Selepas kata alu-aluan dari Puan Hamidah Musa, wakil Ketua Wanita IKRAM Kulaijaya, ucapan dan majlis perasmian program BTS 2011 disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) IKRAM Kulaijaya, Prof Madya Ajmain Safar.

Antara aturcara program BTS 2011 ialah, persembahan koir dari pelajar-pelajar SRIH dan persembahan tarian tradisional Tionghua dari pelajar SRJK (C) Saleng. Diselitkan juga persembahan multimedia tentang krisis kemanusiaan rakyat Somalia yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Aminuddin Ruskam yang bertujuan mewujudkan keprihatinan terhadap kesengsaraan yang dilalui di tempat lain. Turut menarik perhatian adalah persembahan tarian tradisional India oleh pelajar SRJK (T) Kulai Besar mengakhiri persembahan BTS 2011.


BTS 2011 juga mengadakan penyampaian Anugerah Khas kepada 10 pelajar yang terpilih berdasarkan pencapaian akademik ataupun ko-kurikulum oleh YDP IKRAM Kulaijaya. Sijil penghargaan turut disampaikan kepada guru-guru pembimbing persembahan dan guru-guru pengiring peserta BTS 2011 atas sumbangan mereka menjayakan program ini. Tidak lupa sijil penghargaan kepada para penyumbang dan akhir sekali penyerahan sumbangan BTS kepada wakil pelajar sekolah oleh Puan Hamidah Musa.

Sesi foto beramai-ramai mengakhiri program ‘Back To School’ bagi tahun 2011. Majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Timbalan YDP IKRAM Kulaijaya, Prof Madya Zamani Md Zin. Majlis yang meriah ini turut mendapat liputan akhbar Sinar Harian.

Kemeriahan BTS 2011 begitu terasa kerana golongan yang memerlukan menerima sumbangan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. Usaha sebegini seharusnya mendapat sambutan dari pelbagai pihak untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu anak-anak dari keluarga yang kurang mampu pada masa-masa yang akan datang.

Usaha Wanita IKRAM Kulaijaya begitu signifikan dan wajar dicontohi kerana mampu menyentuh nurani golongan bawahan yang begitu terkesan dan terbeban dengan persediaan sekolah anak-anak. Syabas Wanita IKRAM Kulaijaya!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia