Wanita IKRAM alu-alukan pelantikan YB Fuziah sebagai Timbalan Menteri di JPM

Pelantikan ini adalah amat bertepatan sekali dengan pengalaman dan penglibatan aktif beliau sebagai aktivis di dalam beberapa NGO Islam sejak beliau menuntut di luar negara lagi. Keupayaan beliau dalam memimpin organisasi terbukti apabila beliau pernah terpilih membarisi kepimpinan organisasi pemuda The Young Muslims United Kingdom, (1988-1992) yang dianggotai oleh ahli dari pelbagai bangsa dan kewarganegaraan di United Kingdom.

Sekembalinya beliau ke tanah air, beliau terus bergiat aktif dalam NGO Islam dan pernah menerajui Kepimpinan Sayap Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dari tahun 1993 hingga 1999. Beliau telah melepaskan jawatan tersebut kerana terlibat secara langsung sebagai aktivis politik. Kini, YB Fuziah Saleh telah menjadi Ahli Parlimen Kuantan memasuki penggal ketiga dan telah berjaya membawa suara rakyat Kuantan ke peringkat Parlimen dalam pelbagai isu.

Wanita IKRAM yakin dengan ketokohan, kewibawaan dan penghayatan Islam yang baik, YB Fuziah Saleh sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), akan berupaya membawa perubahan besar dalam memimpin institusi-institusi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cemerlang berdasarkan tadbir urus yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

DATIN PADUKA CHE ASMAH IBRAHIM
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia