Wanita dan politik: Ada apa dengan kuota?

Wanita tidak mahu berada di sesuatu posisi hanya kerana mereka wanita, tetapi kerana nilai dan  kualiti mereka. Namun begitu, perkara ini bukanlah semudah berkata-kata.  

 

Apabila kita bercakap soal memperkasakan wanita, kita bukannya ingin mengambil alih kedudukan lelaki serta tidak memaksa wanita untuk berkhidmat di ruang awam.

 

Apa yang ingin  kita perjuangkan adalah kewujudan pemikiran budaya, infrastruktur dan sistem yang adil serta membolehkan wanita membuat pilihan yang terbaik untuk diri mereka, sama ada di ruang awam mahupun peribadi. 

 

Selain pendidikan, antara usaha yang diambil bagi menggalakkan partisipasi dan representasi  wanita di ruang politik (di mana wanita adalah 50 peratus daripada populasi negara) ialah penerapan  sistem kuota bagi wanita sebanyak 30 peratus di dalam parlimen.  

 

Kuota ini diperlukan bukan kerana wanita ini lembik sampai perlukan layanan khas, namun wanita berhadapan dengan masalah sistemik dan pemikiran budaya yang menyebabkan wujudnya diskriminasi sekali gus mengecilkan minat, partisipasi dan peluang untuk wanita tampil ke hadapan.  

 

Hakikatnya, wanita dan lelaki tidak bermula di garisan yang sama. Mari kita lihat pada budaya negara kita.  

 

Dari sekolah ke universiti, kita sudah biasa dengan melantik lelaki sebagai pimpinan meskipun  pada waktu yang sama wujudnya wanita yang mempunyai kelayakan atau merit yang lebih daripada lelaki tersebut.

 

Dalam pimpinan parti politik pula, wanita masih diletakkan sebagai sayap dan ini menutup ruang untuk wanita mengepalai sesebuah parti.  

 

Tanpa menafikan kepimpinan lelaki, kita harus bersifat adil dalam memilih kerana budaya ini  secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa kepimpinan itu hanyalah untuk lelaki dan  kedudukan wanita hanyalah sebagai pembantu atau pendukung, meskipun mereka mempunyai  kemampuan untuk memimpin.

 

Wanita yang terkehadapan pula akan dilihat sebagai ‘agresif’, ‘susah dapat jodoh’, ‘tidak sopan’, ‘keterlaluan’ serta pelbagai konotasi negatif lain lagi. 

 

Seterusnya, kita perlu sedar bahawa wanita dan lelaki ini mempunyai keperluan infrastruktur yang  berbeza disebabkan peranan, pembinaan fizikal dan psikologi mereka.

 

Kita ambil contoh ibu muda yang mempunyai anak kecil. Walaupun ibu dan ayah anak kecil ini berusaha memainkan  peranan yang seimbang dalam membesarkan anak mereka, namun terdapat keperluan biologi serta psikologi yang secara langsung akan mempengaruhi masa, rutin dan prioriti seorang wanita.

 

Misalnya seperti pemberian susu kepada anak yang hanya boleh dihasilkan oleh ibu. Pemberian susu ibu ini disarankan sehingga anak berusia dua tahun.

 

Satu perkara ini sahaja sekali gus akan merubah rutin harian dan keperluan seorang wanita seperti rutin menyusukan, rutin mengepam susu, rutin mengendalikan alat-alat mengepam dan lain-lain lagi. Tentu sekali rutin-rutin ini akan mengubah atau menambah pada beban kerja sedia ada.  

 

Begitu juga dengan wanita bujang yang acap kali berhadapan dengan isu keselamatan dan  gangguan seksual terutamanya apabila khidmat yang diperlukan itu melepasi waktu bekerja,  ditambah lagi dengan infrastruktur yang tidak selamat seperti kekurangan lampu di jalan raya  serta lokasi tandas wanita yang terpencil dan sebagainya.  

 

Disebabkan penciptaan kita yang berbeza, wanita kerap kali berada dalam posisi yang mendesak mereka untuk memilih dan mengorbankan salah satu daripada dua peranan ini, iaitu peranan di ruang peribadi ataupun ruang awam.

 

Dengan kurangnya fasiliti yang mesra wanita dan keluarga seperti kewujudan nurseri di tempat kerja, tempat menukar lampin bayi, ruang khas menyusukan anak, tong sampah khas wanita, ia menambahkan lagi kesukaran wanita untuk berkhidmat di ruang awam.  

 

Sejarah menunjukkan perkara-perkara seperti ini sering kali tidak disedari atau diabaikan sekali gus oleh kaum lelaki dan memerlukan wanita untuk menyedari dan memperjuangkannya.  

 

Contohnya seperti peruntukan RM10 bilion untuk menambah bilangan taska di tempat kerja sektor awam serta usaha meluluskan rang undang-undang gangguan seksual yang diusahakan oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta YB Hannah Yeoh semasa zaman pemerintahan Pakatan Harapan yang  lalu.  

 

Perkara ini sebenarnya seiring dengan transformasi yang berlaku dalam dunia perniagaan, misalnya perubahan yang dilakukan Sheryl Sandberg, seorang tokoh sumber manusia dalam bidang teknologi.

 

Beliau telah mencadangkan wujudnya tempat letak kereta khas untuk wanita mengandung kerana beliau memahami cabaran yang dihadapi oleh wanita mengandung ketika bekerja berbanding lelaki yang tidak mengandung.  

 

Budaya pemikiran, polisi serta infrastruktur ini perlulah dahulunya mesra wanita. Selagi ia masih  bersifat patriarki dan menyusahkan wanita untuk berpartisipasi, maka selagi itu kita tidak adil  untuk bercakap soal merit apabila dasarnya sahaja sudah tidak sama atau secara tepatnya, tidak  optimum untuk memenuhi keperluan jantina yang berbeza.  

 

Kalaupun kita mahu berbincang soal merit, kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak kesan  positif apabila sistem kuota ini dikuatkuasakan.

 

Antaranya ialah peningkatan prestasi  keseluruhan ahli parlimen kerana mereka tidak lagi terperuk dalam kebiasaan budaya kerja yang dominan lelaki, penambahan sensitiviti pada jantina dalam perancangan sesuatu perkara  serta pengembangan dan keyakinan wanita untuk berpartisipasi dan merepresentasikan diri  mereka dan kaum wanita yang lain.  

 

Ada juga yang mengatakan bahawa wanita ini makhluk beremosi, maka tidak sesuai untuk  memimpin. Wanita ini lembut dan hanya berfikir soal keluarga. Ironinya, apabila kaum lelaki.

 

bercerita tentang keluarga atau menggantung gambar keluarga di pejabat mereka, mereka dipuji sebagai ‘family man’, namun apabila wanita melakukan yang sama, mereka dilihat beremosi.

 

Yang perlu kita fokuskan bukanlah pada kurang lebihnya dua jantina ini, namun bagaimana  perbezaan fitrah wanita dan lelaki inilah yang sebenarnya diperlukan di posisi hadapan bagi  memastikan setiap lapisan masyarakat itu diwakili, didengari serta diberikan tindakan yang  sewajarnya.  

 

Ya, memang wujud beberapa wanita yang berjaya dalam ruang politik sejak sedekad yang lalu  tetapi bilangan ini sangatlah kecil dan sering kali mereka datang daripada keluarga yang sudah pun berada dalam golongan elit politik. Kita mahu sediakan ruang agar wanita daripada setiap latar belakang mampu menerajuinya tanpa diskriminasi. 

 

Saya percaya bahawa seandainya sistem dan infrastruktur itu makin mesra wanita, lebih banyak lagi isu-isu di luar skop kewanitaan dan kekeluargaan yang akan terus dijuarai oleh wanita kerana  keperluan asas mereka telah dipenuhi. Waktu ini, barulah kita boleh lebih kritikal dalam menganalisa prestasi kedua-dua lelaki dan wanita.  

 

Kita harus sedari, wanita dan lelaki itu diciptakan berbeza, mempunyai keperluan dan definisi  kejayaan yang berbeza.

 

erbezaan ini perlu dahulu diakui serta diusahakan agar wujudnya keadilan dalam budaya pemikiran, infrastruktur dan sistem yang membolehkan wanita dan lelaki  melengkapi satu sama lain, berjaya dalam pilihan masing-masing sehingga naratif keperluan  kuota ini tidak lagi relevan untuk digunakan. 

 

Farah Nabilah Abdul Rahman, Pengasas Sekolah Dasar | https://sekolahdasar.org/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia