Wanita dan dadah: Di mana silapnya?

Kes wanita dan dadah kebelakangan ini semakin meningkat, di mana silapnya? Boleh jadi mereka kekurangan kesedaran ataupun itu adalah jalan mudah bagi seseorang yang mencari penyelesaian terhadap sesuatu tekanan yang dialami.

 

Peningkatan kes penglibatan wanita terhadap dadah ini amat membimbangkan yang mana pada zaman yang serba canggih ini, akhlak begitu mudah diruntuhkan.

 

Kadar penagihan dadah dalam kalangan wanita mencatatkan rekod yang tinggi. Berlaku peningkatan sebanyak 208 orang kepada 948 orang sepanjang tahun 2017 menurut Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), seperti yang dilaporkan Harian Metro (23 Februari 2018).

 

Bagaimana wanita boleh terlibat? Banyak faktor yang mampu mengheret wanita ke dalam kancah dadah ini, antaranya pengaruh rakan-rakan, teman lelaki, suami serta pelbagai lagi faktor yang dapat mengaitkan isu pengambilan dadah terhadap wanita.

 

Salah satu puncanya juga ialah isu perceraian ibu dan bapa, yang mana ia mampu membuatkan anak-anak remaja memilih jalan yang salah dan negatif.

 

Terlibatnya dalam masalah sosial yang sering kita dengar seperti remaja mahupun kanak-kanak, yang berusia lingkungan 20 tahun sehingga 50 tahun menjadi mangsa dadah, pernahkah terfikir bagaimana dadah ‘bekerja’?

 

Dadah juga mampu memberikan kekayaan palsu kepada para pengikutnya dengan menjadi tokan ataupun pengedar, tetapi mengapa wanita? Ini kerana perwatakan wanita mampu mengaburi pandangan pihak berkuasa.

 

Ada juga yang sanggup menjadi keldai dadah kerana terpengaruh dengan tawaran kekayaan dan lawatan serta pelancongan ke tempat-tempat yang menarik yang telah dijanjikan oleh para tauke dadah dengan syarat, mereka perlu membawa beg yang tidak diketahui isinya.

 

Mengutip pengalaman yang ada, penglibatan wanita menjadi penagih dadah seringkali berpunca daripada suami, teman lelaki yang mana perasaan sayang yang menebal menjadi punca kerelaan mereka. Hambatan kepada masalah ini juga menjadi punca berlakunya isu-isu wanita dan dadah ini.

 

Paling menyedihkan, ada ibu bapa yang mengambil dadah tanpa segan silu di hadapan anak dan menyebabkan anak-anak juga terbiasa dengan persekitaran yang tidak sihat ini.

 

Maka, seringkali wujudnya isu yang lain pula. Apabila bekalan dadah tidak dapat dibekalkan, pelbagai masalah lain yang timbul seperti penagih mencuri. Kebiasaannya penagih yang tegar seringkali gagal bekerja dengan baik, maka mencuri adalah jalan pintas dan mudah.

 

Maka, tabung-tabung surau dan masjid akan menjadi tempat para penagih mencuri dengan mudah tanpa rasa bersalah. Selain itu, rumah-rumah kawasan taman yang telah dikenal pasti juga turut menjadi mangsa kes kecurian.

 

Bukan itu saja, rumah-rumah di kawasan kampung juga turut menjadi mangsa. Begitu juga warga-warga emas dengan mudah menjadi mangsa tipu daya para penagih untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan bekalan dadah.

 

Ada juga segelintir penagih yang menjadi mangsa keadaan disebabkan pada awalnya berhutang dengan along, akhirnya tidak mampu membayar pinjaman, kemudiannya menjadi tokan dan menagih dadah.

 

Dadah-dadah yang menjadi pilihan adalah syabu dan pil ketamine yang biasanya banyak dan berleluasa di pusat-pusat hiburan.

 

Dadah bukanlah jalan mudah dan penyelesaian bagi seseuatu masalah. Masih banyak jalan penyelesaian yang baik mampu dilakukan dan menjadi ikhtiar kepada setiap permasalahan yang berlaku.

 

Dengan berkhayal akibat dadah, ia bukan sahaja tidak dapat melenyapkan permasalahan, tetapi akan menimbulkan lagi pelbagai masalah yang lain. Hanya insan-insan yang sudah tiada pertimbangan diri sahaja yang tidak memikirkan kesan-kesan buruk akibat pengambilan dadah.

 

Banyak kesan buruk akibat daripada pengambilan dadah, antaranya terjejasnya kesihatan mental dan fizikal, kebersihan diri tidak terjaga dan pelbagai jenis penyakit kulit yang dialami.

 

Kadangkala wanita yang terlibat dengan dadah ini bukanlah itu pilihan dan kemahuan mereka, akan tetapi situasi yang memaksa mereka menjadi sedemikian rupa.

 

Kita sebagai masyarakat yang prihatin dan berkomuniti, janganlah mengabaikan insan-insan ini. Bimbinglah mereka menjadi manusia yang lebih baik dan bimbinglah mereka ke jalan yang diredai dan penuh kasih sayang.

 

Allah SWT pernah mengumpamakan manusia seperti bangunan, kerana bangunan akan saling memerlukan dalam setiap komposisi bahan, sepertimana yang terdapat pada ayat keempat Surah As-Saff dan juga hadis.

 

Mukmin dengan mukmin yang lain ibarat bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain. Begitu juga kita dalam kehidupan berkomuniti. Jadikan setiap pengalaman adalah pelajaran.

Noraini Jaffar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia