Wanita bangkit menentang kekejaman

“Ia melampaui batasan agama, geografi, warna kulit, bahasa dan pegangan politik. Malapetaka kemanusiaan yang berlaku di Syria dan yang terbaru di Mesir telah mengakibatkan kesengsaraan yang bukan sedikit kepada seluruh warganegaranya.”

Beliau berkata, wanita dan kanak-kanak adalah antara mangsa yang banyak terkesan apabila berlakunya konflik dan ketegangan.

“Tidak dapat dibayangkan kesusahan yang ditanggung rakyat Syria apabila pemimpin yang patut melindungi mereka bertukar menjadi rejim ganas yang sanggup membunuh lebih 120,000 rakyat dalam tempoh hanya dua tahun ini dan jutaan lain melarat di bumi sendiri,” ujarnya.

Malah menurut Che Asmah, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan, angka pelarian Syria yang berlindung di Turki, Lubnan, Jordan dan Iraq kini mencecah 2 juta.

“Terbaru rejim Basyar Asad membunuh rakyatnya sendiri tanpa belas kasihan dengan senjata kimia sehingga meragut 1,429 nyawa termasuk sekurang-kurangnya 426 kanak-kanak.”

Justeru, campur tangan negara luar seperti Amerika dibimbangi memburukkan lagi keadaan yang sudah tidak tertanggung oleh rakyat Syria.

“Wanita IKRAM juga merasakan keperitan dan kesedihan yang ditanggung oleh wanita Mesir apabila suami dan anak-anak mereka dibunuh kerana menuntut kebenaran dan kedaulatan undang-undang ditegakkan bagi menuntut presiden yang mereka pilih dengan sah dikembalikan,” katanya tegas.

Selain itu, Che Asma yang mewakili beberapa NGO lain turut mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman kudeta tentera yang mengakibatkan anak-anak kehilangan ayah tempat mereka bergantung hidup akibat ditembak ataupun diseret ke penjara yang tidak diketahui bilakah pembebasannya.

“Keganasan tentera telah mengakibatkan lebih 6,000 jiwa terkorban, 25,000 cedera dan 18,500 ditahan.”

Lebih teruk daripada itu tegasnya, konflik dan peperangan akan meninggalkan kesan psikologi yang amat serius terhadap rakyat yang mengalaminya khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Pada 10 September 2013, kaum wanita Mesir bangkit mengadakan “Demonstrasi untuk Maruah dan Kebebasan bagi Wanita Mesir” dan menyeru pejuang pembelaan hak-hak wanita untuk bersama-sama menuntut hak mereka yang telah dipijak-pijak oleh rejim kudeta dengan pembunuhan wanita dan gadis remaja, pemenjaraan, tuduhan palsu dan penghinaan kepada kira-kira 240 wanita dan gadis yang turut serta dalam gerakan prodemokrasi dan anti kudeta,” tegasnya.

Apa yang berlaku, menurut beliau, jelas jauh daripada tuntutan gerakan wanita peringkat antarabangsa melalui Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa­-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Disember 1979 dan berkuatkuasa mulai 3 September 1981 yang menginginkan satu masyarakat dunia yang berjaya menghapuskan sebarang diskriminasi dan keganasan terhadap wanita.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan selepas Wacana Solidariti Wanita bersama Mesir dan Syria di Ballroom, Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Kenyataan media tersebut turut menyeru seluruh warga Malaysia agar sentiasa mengambil tahu hal ehwal sekitar hingga ke peringkat antarabangsa serta meningkatkan jati diri berasaskan kebenaran dan keadilan sejagat.

Selain itu, pihak berkuasa kerajaan Malaysia digesa untuk menyatakan pendirian tegas membantah kezaliman di Mesir dan Syria serta memainkan peranan yang proaktif dan konstruktif di peringkat antarabangsa seperti dalam gabungan negara-negara Islam (OIC), negara–negara ASEAN dan sebagainya untuk menghentikan konflik dan keganasan.

Semua pihak diharap akan terus bermurah hati menghulurkan bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk meringankan penderitaan mangsa-mangsa kezaliman dan keganasan.

Turut bersama menyokong kenyataan ini adalah Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA), IKRAM Siswa, Muslimah Interest Zone and Networking (MIZAN) dan Mawaddah.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor yang juga Ahli DUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping turut hadir.


Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia