Wacana Masyarakat Madani: Kemahiran Diagnosis dan Aplikasi

Wacana MM2.7: Catatan 26 Januari 2012

65. Setelah mengetahui kepelbagaian ragam masyarakat (dan pertubuhan) serta cabaran-cabaran dan diikuti dengan ciri-ciri dan beberapa kaedah fiqh panduan seperti yang saya kongsi dalam siri-siri yang lepas, apakah kita boleh nampak rules of engagement yang boleh digariskan? Dalam keadaan genting, ini kerap ditimbulkan. Contohnya seperti dalam Himpunan BERSIH 2.0. InsyaAllah saya bercadang merumuskannya dalam beberapa siri penulisan akan datang kerana ada beberapa lagi ciri/kemahiran yang saya kira perlu diketengahkan sebelum itu.

66. Sebagai nota hujung, kemahiran situational leadership atau kepemimpinan situasi lebih utama dalam keadaan tertentu. Situasi berbeza memerlukan gaya kepemimpinan berbeza. Boleh jadi gaya mengarah, menyokong, melatih atau mewakilkan/mengagih. Ini ada kaitan dengan apa yang ingin saya sebutkan di bawah.

67. Ciri-ciri engagement yang disebutkan sebelum ini seperti ikhlas, sangka baik, amanah dan lain-lain perlu dipraktikkan dan akan teruji. Turut teruji ialah amalan fiqh yang juga disebutkan sebelum ini seperti fiqh al-awlawiyat, fiq al-muwazanat, fiqh al-waqi’ dan lain-lain. Barangkali yang lebih mencabar ialah untuk mempengaruhi organisasi sendiri dalam memberi komitmen yang dibuat dalam gabungan! Betul tak?

68. Sehubungan itu, dari pengamatan dan pengalaman saya, dua lagi ciri yang amat penting ialah kemahiran ‘diagnose’ dan ‘aplikasi’. Diagnosis bermaksud kebolehan meneliti sebab musabab, akibat dan gejala sebelum tindakan dilakukan. Ia boleh berlaku dalam kadar pantas, cepat atau lambat. Seorang doktor perlu membuat diagnosis sebelum mencadangkan ubat untuk pesakitnya. Jika diagnosis tidak tepat, mungkin ubat yang diberi tidak menyembuhkan. Pada masa yang sama, diagnosis seorang doktor pakar dengan seorang doktor pelatih atau sedang ‘housemanship’ juga berbeza. Ada masanya diagnosis pantas perlu dilakukan seperti di wad kecemasan. Dan ada ketikanya diagnosis mendalam diperlukan seperti dalam kes encephalitis atau radang/pembengkakan otak. Diagnosisnya boleh memakan masa yang lama sebelum punca boleh dikenalpasti dan preskripsi boleh diberi. Ini bercakap bukan sebagai doktor tetapi hasil daripada pengalaman yang dilalui dengan seorang rakan yang meninggal akibat brain encephalitis.

69. Begitu juga seorang polis trafik perlu membuat diagnosis trafik sebelum bertindak mengawal trafik. Jika trafik akan sesak atau hampir sesak, campur tangannya perlu tetapi jika trafik terkawal, campur tangannya mungkin menjadi penyebab kesesakan trafik!

70. Dalam dua senario di atas, kemahiran diagnosis amat penting. Kepantasan diagnosis perlu setara dengan situasi. Jika keadaan mendesak tetapi diagnosisnya tidak tepat atau lambat dikenalpasti, akibatnya buruk. Sebaliknya jika keadaan tidak mendesak tetapi diagnosisnya terlalu awal atau tergesa-gesa dikenalpasti, akibatnya juga mungkin buruk. Begitu juga dalam senario engagement, kemahiran diagnosis perlu dimiliki supaya tindakan tepat (ada masanya pantas, ada masanya ditangguhkan) diambil selari dengan objektif dan penglibatan engagement berkenaan. Bagi saya, diagnosis yang baik hanya boleh dilakukan apabila diadun sebati dengan pengalaman pimpinan, pakar, penyokong dan pengikut.

Wacana MM2.8: Catatan 28 Januari 2012

71. Terdahulu, saya telah sentuh tentang kemahiran diagnosis. Satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh bukan sahaja seorang doktor, jurutera atau penganalisis komputer, tetapi juga seorang pendakwah. Pada kali ini, satu lagi kemahiran yang ingin saya sentuh dan perlu dimiliki ialah kemahiran aplikasi atau kemahiran menggunapakai, mengamalkan ilmu dan kaedah yang kita pelajari atau ditarbiah.

72. Pada pandangan saya, kemahiran aplikasi ini bukan satu kemahiran baru. Sepatutnya sudah sebati dengan diri kita iaitu apabila kita baca, faham dan pelajari sesuatu, sudah tentulah diikuti dengan amalan dan penghayatan. Jika tidak maka sebenarnya kita tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada ilmu itu. Tetapi dalam ‘dunia engagement’, kemahiran ini lebih-lebih lagi penting kerana kita tidak berada dalam ‘zon selesa’ kita.

73. Maksud saya, jika dalam zon kita, kita boleh sahaja lancar dan ligat bincangkan tentang kaedah fiqh itu dan ini, kepentingan amanah dan pertanggungjawaban, perancangan strategik, cakap serupa bikin, bertindak pantas dan betapa pentingnya menjaga adab, sahsiah dan sebagainya. Tetapi dalam zon orang lain, kita sama ada tidak mengaplikasikan apa yang kita pelajari atau kurang keyakinan mengaplikasikannya. Betulkan saya jika salah tanggapan ini.

74. Kemahiran mengaplikasi amat penting jika kita mahu membuat perubahan… if we want to make a difference… dalam gabungan atau engagement. Contohnya, tidak banyak NGO yang memiliki sebuah perancangan komprehensif seperti kita (tidak bermaksud megah di sini ya). Kita melalui proses kefahaman dan penjelasan yang panjang. Ada mata langkah. Langkah satu, dua, tiga dan seterusnya. Apa salahnya kita mengaplikasikan perancangan strategik serupa dalam gabungan yang kita sertai? Jika tidak keseluruhan tetapi sekurang-kurangnya asas perancangan wujud.

75. Juga, bagaimana boleh kita mengaplikasikan kaedah fiqh yang disebut-sebutkan sebelum ini dalam gabungan dan engagement? Contohnya, Fiqh Al-Awlawiyat atau Fiqh Keutamaan dan Fiqh Al-Maqasid. Pada pendapat saya, kejayaan kita dalam membuat perubahan melalui engagement atau dampingan masyarakat bergantung kepada sejauh mana kita mampu mengaplikasikan perkara yang kita pelajari dan tarbiah yang kita lalui ke tengah-tengah ummah dan masyarakat.

Catatan 26 Januari 2012

Catatan 28 Januari 2012

Catatan 26 Januari 2012

Catatan 28 Januari 2012

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia