Video elak kanak-kanak jadi mangsa gangguan seks dilancarkan

Video berbentuk iklan dengan tempoh kurang satu minit setiap siri itu boleh ditonton melalui saluran YouTube seperti video lagu kanak-kanak, siri kartun dan sebagainya.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, YouTube pada masa ini menjadi medium pendidikan interaktif yang dilayari ribuan kanak-kanak setiap hari.

“Kebanyakan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka melayari YouTube bukan tujuan hiburan semata-mata, malah ia turut menjadi sumber pendidikan interaktif bagi anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita semalam.

Justeru katanya melalui medium berkenaan, kanak-kanak boleh diajar berkaitan sentuhan selamat (safe touch) dan sentuhan tidak baik (bad touch) bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seksual.

“Kanak-kanak perlu mengetahui dan perlu diajar apa itu ‘safe touch’ dan ‘bad touch’ seawal mungkin.

“Dengan pelancaran video ini, kita amat berharap kanak-kanak akan dapat mengenal pasti sebarang petanda atau tingkah laku yang mencurigakan seawal mungkin daripada pelaku kesalahan seksual di kalangan ahli keluarga atau kenalan yang dikenali rapat,” jelasnya.

Wan Azizah berkata, kementeriannya menyasarkan siri video berkenaan akan ditonton oleh 150,000 kanak-kanak sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu Timbalan Menteri, Hannah Yeoh yang turut hadir dalam majlis pelancaran video berkenaan berkata, program intervensi itu akan memfokus kumpulan sasar iaitu kanak-kanak prasekolah.

“Ini adalah satu usaha bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysians Against Pornography dan Google.

“Google akan memantau program ini dengan mempromosi dan sebagainya,” kata Hannah.

Dalam pada itu, keluarga kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual disaran membuat laporan dengan menghubungi Talian Kasih 15999 dan Talian Kecemasan 999.

Video-video tersebut boleh dilayari melalui saluran YouTube KPWKMTV dengan pautan berikut:

PSA Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak

Bil. 1: https://youtu.be/OgqLIcy3Qts

Bil. 2: https://youtu.be/QVSQtVZRhHU

Bil. 3: https://youtu.be/1qYSfgHS5Fc

Bil. 4: https://youtu.be/KIoXsRVrVrA

Bil. 5: https://youtu.be/5mFr0pVuLgE

Sumber: Malaysiakini
Foto: Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Laman Rasmi

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia