Guru tolak vaksinasi, apa kesudahannya?

Sekolah bakal dibuka secara berperingkat bermula Oktober ini. Majoriti anak-anak dan ibu bapa menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin baru-baru ini.

 

Namun, tidak terkecuali terdapat juga kegusaran dalam kalangan mereka berikutan kes Covid-19 yang masih belum turun kepada angka yang lebih kecil.

 

Begitu juga melihat kepada angka sekitar 2,000 orang guru yang enggan divaksinasi, pelbagai komentar diberikan oleh golongan pendidik mahupun masyarakat.

 

Kerana vaksin, telah ramai pekerja swasta diberhentikan. Tidak terkecuali kakitangan kerajaan seperti tentera pun dikenakan tindakan angkara menolak untuk divaksin.

 

Boleh jadi, inilah usaha untuk menghindarkan diri daripada terkena jangkitan virus yang masih menular ini. Dan kita ikutilah agar dapat kembali hidup seperti biasa sebelum kehadiran pandemik yang melanda dunia ini.

 

Ketegasan perlu diserlahkan

 

Realitinya, sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu bertegas dengan arahan dan keputusan untuk kepentingan ramai.

 

Pada satu sisi, golongan yang menolak ini seakan mementingkan diri. Pada sisi yang lain, mereka dilihat punya prinsip kerana mempertahankan hujah mereka untuk tidak divaksin.

 

Namun, mendepani skop yang lebih besar dan luas, guru-guru yang menolak untuk divaksin walau apa pun alasannya, mereka perlu mempertimbangkan agar menerima arahan yang ditentukan oleh KPM dalam usaha bersama menangani virus yang melanda ini.

 

Kewajipan vaksinasi yang tidak ada dalam akta dan undang-undang juga menjadi hujah segelintir mereka yang menolaknya.

 

Pindah jadi solusi?

 

Komentar daripada Daeng Tuasek menerusi Facebook barangkali ada rasionalnya iaitu, “Dicadangkan guru-guru tersebut (yang menolak vaksinasi) ditempatkan di sekolah dalam hospital.”

 

Logiknya dilihat daripada sudut kekentalan dan imunisasi guru itu sendiri. Walau ia sesuatu yang mencabar, apalagi di hospital, menjadi penempatan untuk orang sakit menerima rawatan, pendek kata, banyak terdapat kuman dan bakteria.

 

Adakah guru itu mampu mengawal diri mereka?

 

Komentar seorang pengguna Facebook menggunakan nama Astalavista Bravo pula, “Kalau kena tukar negeri. Tak ke sama je? Masuk sekolah juga. Tapi sekolah yang lain.”

 

Ia merujuk kepada kenyataan Datuk Dr Radzi bahawa KPM sedang melihat cara untuk membawa keluar guru-guru yang tidak mahu divaksinasi dan antara penyelesaiannya ialah melakukan pertukaran tempat mengajar.

 

Guru yang menolak vaksinasi Covid-19 mungkin ditukar jika tindakan mereka menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid terjejas.

 

Dalam respons yang lain, Siti Eshah Syed Osman memberikan komentarnya, “Setuju sangat. Kenapa nak membahayakan nyawa orang lain atas ego, kedegilan dan sikap mementingkan diri sendiri. Ada otak letak di mana?”

 

Tidak terkecuali terdapat juga maklum balas negatif dengan cadangan ini.

 

Akan tetapi, wajarkah tindakan dikenakan kepada guru yang tidak mahu divaksinasi?

 

Selesaikah isu?

 

Menurut Pensyarah Kanan, Kluster Pendidikan dan Sains Sosial, Open University Malaysia (CESS OUM), Dr Hamidah Mat:

 

“Dalam pengurusan, penyelesaian kepada sesuatu isu perlu melihat secara setiap dimensi masalah dan situasi secara terperinci terutamanya jika melibatkan kebajikan orang ramai, apatah lagi jika mereka ialah golongan yang sangat-sangat perlu dijaga seperti kanak-kanak mahupun remaja yang merupakan aset penting dalam negara.”

 

Menurutnya, guru yang enggan divaksinasi bukan sahaja membahayakan diri mereka dan keluarga tetapi murid-murid yang menjadi “pelanggan” utama mereka.

 

Ketika ditanya mengenai guru yang menolak vaksinasi sebagaimana KPM nyatakan akan menukarkan tempat mengajar mereka, beliau berkata:

 

“Ugutan untuk tukar sekolah, adakah ini akan menyelesaikan masalah sebenar iaitu untuk menamatkan wabak Covid-19?”

 

Sekiranya guru ditukar ke sekolah lain, mereka tetap menjadi ‘ancaman’ di sekolah baharu tersebut.
“Ugutan ini seolah-olah keputusan tidak masak untuk menyelesaikan masalah.”

 

Dalam pada itu, beliau menyarankan agar KPM berbincang dari ‘hati ke hati’ dengan guru-guru yang masih belum mengambil vaksin itu.

 

“Walaupun vaksin ialah pilihan dan hak peribadi, tetapi ia melibatkan kebajikan dan kemaslahatan orang lain terutamanya golongan murid-murid,” tegasnya sambil menambah bahawa vaksinasi sewajarnya dianggap sebagai pelengkap kepada etika dan profesionalisme bagi kerjaya perguruan.

 

Realitinya, guru yang benar-benar menjiwai roh pendidikan seharusnya memikirkan bahawa kebajikan dan keselamatan murid-muridnya bergantung juga kepada tindakannya.

 

Walaupun ia suatu pilihan…

 

Seorang guru sekolah kebangsaan bernama Muhammad ketika ditanya memberikan maklum balasnya:

 

“Walau hakikat yang tidak dapat dinafikan, vaksin adalah suatu pilihan, akan tetapi, ia perlu diambil oleh setiap kita sebagai guru bagi membantu membendung virus yang bermaharajalela ini.”

 

Beliau juga berharap guru-guru yang belum mengambil vaksin itu bersikap terbuka dan saling memudahkan dengan memberikan kerjasama agar kelangsungan pembelajaran di sekolah dapat dijalankan seperti biasa tanpa gangguan.

 

“Walau apa pun alasan yang kita ada, jika dapat memudahkan kita meneruskan mengajar di sekolah, moga itulah yang lebih baik untuk kita semua, insya-Allah,” jelasnya lagi.

 

Beliau turut menyuarakan jika terdapat pendekatan lain yang lebih matang untuk KPM menyelesaikan masalah guru yang enggan divaksinasi ini demi sebuah solusi yang holistik.

 

Apakah kesudahan isu guru-guru ini?

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia