Usaha Tangguh Pembentangan RUU Kawalan Tembakau Diselar

Usaha Tangguh Pembentangan RUU Kawalan Tembakau Diselar | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) menyelar tindakan mana-mana pihak yang ingin menangguhkan lagi pembentangan dan kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok serta pelaksanaan Generasi

Penamat Rokok (GEG) sehingga ke sidang Parlimen yang berikutnya.

“Penangguhan ini akan menyebabkan ‘lacuna’ (kelompongan undang-undang) yang sedia ada ini akan terus berlaku sepanjang tempoh itu lantaran tiada kawalan terhadap produk rokok elektronik atau vape selepas nikotin untuk produk tersebut telah dikecualikan daripada Akta Racun baru-baru ini,” kata Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor.

Beliau turut mengingatkan Ahli-ahli Parlimen agar tidak mudah ditipu dan diperdayakan lagi

oleh industri tembakau serta vape dalam usaha kerajaan untuk membentangkan RUU ini. 

“Selama ini mereka telah berdekad lamanya memunggah kekayaan atas kemudaratan kesihatan awam sehingga telah membunuh lebih 29,000 orang setiap tahun angkara tabiat merokok tersebut.”

“Kesihatan rakyat mestilah diutamakan, bukannya keuntungan konglomerat yang rakus, apatah lagi undi kecil mereka,” tegas Dr Mohd Afiq dalam satu kenyataan media sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada Rabu.

Beliau mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk membentangkan RUU tersebut dalam Sidang Parlimen kali ini selaras dengan sokongan yang telah diberikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat yang lepas.

“Justeru, sambutan hari ini akan menjadi lebih bersejarah andainya undang-undang ini

berjaya diwartakan oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini,” ujanya.

IKRAM Health juga menggesa agar semua pihak terus memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memberikan kesedaran terhadap penggunaan produk-produk merokok yang diketahui umum telah mengakibatkan banyak kemudaratan kepada kehidupan manusia.

Jelasnya, tema Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini iaitu ‘Kita Memerlukan Makanan, Bukannya Tembakau’ sangat tepat dalam menggambarkan situasi dunia pada hari

ini yang komited untuk menamatkan produk yang telah hampir seabad umurnya

membunuh lebih 8 juta manusia pada setiap tahun.

“Kita perlukan bekalan makanan yang cukup dan sihat, bukannya produk tembakau dan merokok serta nikotin yang memudaratkan,” tegas Dr Mohd Afiq lagi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia