Unity Convention: Menyatukan ummah, menghubungkan dunia

“Konvensyen ini bakal berlangsung pada 25 dan 26 November ini di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang,” kata Pengarah konvensyen, Abdul Ghaffar Mohd Sharif.

Jelasnya, objektif Unity Convention adalah untuk mempuk kesedaran tentang aktiviti dakwah, menjadi ejen perubahan masyarakat, belajar tip dan skil penting dalam menyampaikan Islam serta membina rangkaian komuniti dakwah.

Antara tokoh dan penceramah luar negara yang dijemput ialah Pengerusi Mercy Mission, Dr. Tawfique Chowdury (Australia), Presiden Islamic Information and Dawah Centre International, Dr. Shabir Ally (Kanada) dan CEO Al Azzouni Engineering, Sheikh Ossama al-Azzouni (Arab Saudi).

Tidak ketinggalan barisan tokoh dan penceramah tempatan dalam konvensyen ini seperti Ustaz Zul Ramli M. Razali, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Hj. Kamaruddin Abdullah, Hj. Nicholas Sylvester, Xifu Naser dan Ahmad Azim Daniel Gurporeet.

“Tiga penceramah wanita turut menyerikan konvensyen iaitu Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, pendakwah Hidayah Centre, Ustazah Nooraidah Hidayah dan personaliti TV, Aliza Kim.”

Tambahnya setakat ini, pendaftaran untuk Unity Convention sangat menggalakkan dan pihak penganjur masih membuka peluang untuk mendaftar sebelum atau pada Rabu ini, 15 November 2017.

“Kita juga menawarkan yuran berpatutan serendah RM50 selama dua hari untuk mualaf dan pelajar serta RM80 untuk ahli Rakan Hidayah, berbanding yuran biasa sebanyak RM100.”

Mereka yang berminat bolehlah mendaftar untuk menyertai konvensyen secara atas talian di pautan http://bit.do/hcfunity3.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia