Unit Khas Kor i-Bantu Selaras Bantuan Banjir di Machang

Misi Banjir

MACHANG – Pasukan sukarelawan Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM), Unit Khas Kor i-Bantu Malaysia dan Komuniti Temangan diberi amanah oleh Ketua Polis Daerah Machang dan Ketua Jajahan Machang untuk bersama Ketua Balai Polis Temangan bagi mengkoordinasi operasi bantuan bencana banjir di kawasan Temangan di sini.

Menurut yaIKRAM, pemberian amanah ini merupakan penghormatan julung kali daripada agensi penyelamat yang memberikan kepercayaan penuh kepada pasukan sukarelawannya dalam penyelarasan bantuan di lapangan.

Pasukan Unit Khas Kor i-Bantu ditempatkan di Zon B, manakala Zon A diketuai PDRM dan Zon C diketuai BOMBA, yang memfokuskan kawasan operasi seluas 15–20 km dengan penduduk sekitar 3,000 orang.

Pada pertengahan bulan lalu, Unit Khas Kor i-Bantu telah berjaya melaksanakan Latihan Simulasi Bencana Banjir di Bachok untuk memperkasa pengetahuan serta memperkukuh kefahaman mengenai Arahan NADMA No. 1, sekali gus meningkatkan tahap persediaan dan mengurangkan risiko kemalangan jiwa ketika bencana.

Latihan ini turut disertai oleh pelbagai agensi dan komuniti, antaranya MyCARE, IKRAM Health, GEMA, Pusat Pendidikan Aman, Hidayah Centre Foundation, serta IKRAM Kawasan (Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Pengkalan Chepa), MACMA dan Komuniti Temangan.

Tahniah buat Unit Khas Kor i-Bantu yaIKRAM atas amanah untuk mengkoordinasi bantuan bencana banjir di Temangan ini. Moga ia dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, berkesan dan efisien demi memastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan sewajarnya serta dipindahkan ke tempat yang selamat.

Cakna dengan keadaan cuaca kini, para aktivis yaIKRAM juga turun membantu dan menyantuni mangsa-mangsa banjir di kawasan-kawasan lain, seperti Salak Tinggi dan Kampung Lanjut di Sepang, Changlun (Kedah) dan Kangar (Perlis).

Untuk meringankan beban mangsa banjir, ayuh kita sama-sama membantu mereka dengan mengklik pautan https://url-shortener.me/T4F atau menyalurkan ke akaun Yayasan Ikram Malaysia (Maybank 562142404402 | Ruj: Banjir).

Sumber: yaIKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia