Beliau hadir sebagai fasilitator atas saranan IKRAM Daerah Miri, Sarawak agar dapat menimba pengalaman dalam program untuk diaplikasikan dalam aktiviti IKRAM di sana nanti.
Beliau turut menyatakan rasa sedihnya untuk berpisah dengan para peserta memandangkan tempoh program MHI ini bakal berakhir pada Sabtu ini, yang dijalankan selama empat minggu sejak 12 Disember 2015.
Khalijah yang sedang menantikan tawaran ‘posting’ guru berkata, ukhuwah para pesrta cukup erat dan harmoni.
“Ketika ada sahabat mereka yang sakit, mereka sangat prihatin dan menjaga sahabat mereka itu dan dapat dilihat betapa bagaimana mereka sangat menjaga ukhuwah yang terjalin.”
Ceritanya lagi, sewaktu dalam program merentasi Gua Hulu Tamu ini, yang mana perjalanannya yang sangat mecabar, airnya di paras dada dan deras, masing-masing tetap dan sangat membantu antara satu sama lain mengharungi cabaran itu.
“Bermula dari hari pendaftaran terdapat juga peserta yang tidak mahu menyertai MHI ini, dan akhirnya pada hari ini yang dah masuk minggu keempat iaitu minggu terakhir mereka bersama di sini, terlahir daripada mulut mereka tidak mahu meninggalkan kem ini.”
Peserta MHI mengikuti Science4Uth, kelas jahitan dan aktiviti berakit
Sepanjang MHI ini peserta didedahkan dengan suasana Islam dan penghayatan beragama seperti, solat berjemaah, pengisian daripada para asatizah IKRAM, dan aktiviti-aktiviti lainnya.
“Betapa besarnya tarbiah yang mereka peroleh sepanjang di sini dan saya sebagai fasilitator turut merasakan tarbiah itu,” jelas Khadijah yang mengakui banyak kenangan tercipta sepanjang di sini.
Menurutnya, tarbiah bukanlah hanya daripada penyampaian penceramah-penceramah yang hadir tetapi dari segi diri kita sendiri, dari segi perbuatan dan tingkah laku kita, selain memasak sendiri, mencuci sendiri, semua itu adalah tarbiah untuk menjadi seorang Muslim yang berguna kepada agama.
Peserta MHI mendengar pengisian tauhid, beraksi boling dan tadabbur al-Quran
“Ingatlah segala setiap apa yang kita harungi di MHI ini semuanya menjadi kenangan, menjadi perkara yang perlu kita kenangi dan hayati setiap apa yang kita lalui, susah senang dan yang bermacam kita lalui di sini yang mana segala itu adalah tarbiah,” harapannya agar ada pertemuan lagi bersama peserta-peserta MHI kali ini, jika tidak di dunia, di akhirat sana.
Tahun 2015 adalah tahun keenam MHI diadakan sejak 2010 anjuran bersama Jawatankuasa Belia dan Remaja (JKBR) IKRAM dan IKRAMTeens di mana ia telah berjaya menyantuni dan mempersiapkan lebih 500 pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM menuju gerbang dunia mahasiswa yang sarat dengan cabaran.
#mhi1516