Penguasaan pelbagai bahasa tingkatkan kompetensi diri

SERI KEMBANGAN – Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon berkata, bahasa melambangkan tradisi dan kesopanan masyarakat sedunia.

 

“Penguasaan pelbagai bahasa berperanan penting dalam meningkatkan kompetensi seseorang di samping memudahkan untuk mendekati dunia ilmu tanpa sempadan.”

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa (HBIA) ke-12 secara dalam talian pada Isnin, yang bertemakan ‘Memupuk Berbilang Bahasa Untuk Dirangkumkan ke Dalam Pendidikan dan Masyarakat.’

 

Sambutan ini dianjurkan oleh Tamil Foundation Malaysia (TFM), LLG Cultural & Development Centre, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JAOS), dengan kerjasama NGO-NGO lain serta rakan strategik.

 

“Program Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa yang diadakan pada 21 Februari setiap tahun ini adalah satu inisiatif yang penuh bermakna terutamanya bagi masyarakat Malaysia, sebuah negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada yang berbilang kaum dan keturunan.”

 

Menurutnya, program ini menyumban kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan UNESCO dalam kesamarataan bahasa, budaya pada peringkat nasional dan serantau.

 

“Mengikut kajian UNESCO, terdapat satu bahasa akan hilang berserta dengan warisan, budaya dan intelektualnya setiap dua minggu.”

 

“Manakala sekurang-kurangnya 43 peratus daripada 6,000 bahasa pertuturan di dunia terancam dan hanya beberapa ratus bahasa yang benar-benar digunakan dalam urusan rasmi serta pendidikan,” jelasnya pada sambutan itu.

 

Oleh itu, UNESCO percaya bahawa pendidikan yang berdasarkan bahasa ibunda perlu dijadikan asas pembelajaran dan mesti bermula sejak pendidikan awal kanak-kanak.”

 

“Pendidikan yang berbilang bahasa berdasarkan bahasa ibunda pada peringkat awal persekolahan memainkan peranan penting dalam memupuk rasa saling menghormati dan memahami terhadap kepelbagaian masing-masing.”

 

Tambahnya lagi, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik yang terdiri daripada berbilang kaum, setiap kaum mempunyai bahasa ibunda sendiri sebagai warisan bangsa dalam pembentukan masyarakat majmuk.

 

“Keistimewaan pelbagai bahasa di Malaysia juga sangat dikagumi oleh negara lain dan sentiasa dijadikan sebagai contoh dalam usaha menggalakkan rakyat mempelajari bahasa tambahan.”

 

Dr Mah Hang Soon berkata, secara realitinya, rakyat yang menguasai lebih daripada satu bahasa, akan memiliki pelbagai kelebihan dan kekuatan seperti memperolehi ilmu, dan berkomunikasi dengan orang lain, dengan mudah. 

 

“Selaku anak watan Malaysia, usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan merupakan tanggungjawab perdana kita. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”

 

Beliau yang mewakili pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan tahniah kepada penganjur bersama dan rakan strategik yang telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi HBIA, En Ng Yoon Kin berkata, Malaysia memang terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk, berbilang kaum, budaya dan bahasa, sebagaimana menurut laporan Ethnologue Malaysia bahawa di Malaysia terdapat 137 bahasa sedang ditutur dalam kehidupan seharian.

 

“Jika kita tidak melindungi dan memelihara bahasa ibunda kita seperti yang ada sekarang, bahasa kita akan hilang ditelan masa seperti beberapa bahasa yang telah pun lenyap ditelan zaman.”

 

Beliau berkata, adalah menjadi tugas semua orang, bukan sahaja untuk melindungi dan memelihara bahasa kita sendiri, tetapi menghormati semua bahasa lain di dunia ini.

 

“Sebagaimana yang dinyatakan dalam tema HBIA ini, jika berbilang bahasa tidak dipupuk untuk dirangkumkan ke dalam pendidikan dan masyarakat, lama kelamaan bahasa yang bukan dominan akan ditelan zaman.”

 

Sambutan HBIA turut diserikan lagi dengan tayangan montaj sambutan, Deklarasi HBIA UNESCO dalam berbilang bahasa, lagu-lagu bahasa ibunda Malaysia, lagu ciptaan kumpulan muzik pelbagai kaum dan budaya, dan tayangan video pendek mengenali bahasa Semai dan Tamil.

 

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa disambut pada 21 Februari setiap tahun di seluruh dunia, diisytiharkan oleh UNESCO pada tahun 1999 bagi mempromosi kepelbagaian budaya dan bahasa, serta menggalakkan penggunaan bahasa untuk memelihara warisan dan budaya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia