Ubah diri sebelum ubah dunia

Akhirnya, rakyat boleh jadi berpeluang atau mungkin tidak langsung dapat melihat hasil segala perjuangannya itu berikutan kemusnahan dan desakan yang berlaku semata-mata untuk meraih peluang tersebut.

Hal seperti inilah yang berlaku ke atas Algeria. Pada 26 Disember 1991, Parti Islamic Salvation Front (FIS) telah memenangi 188 daripada 232 kerusi parlimen di Algeria. Majoriti rakyat bergembira dan bersedia untuk ditadbir oleh kerajaan baharu. Mereka fikir peluang telah dan sentiasa terbuka, tetapi ia tidak begitu sama sekali. Setahun selepas itu, tentera berkuasa semula dan peluang rakyat negara itu musnah sama sekali.

Bagaimana pula kita melihat negara kita sendiri? Bersediakah rakyat negara ini memberi mandat kepada kelompok pemerintahan baharu? Negara kita menggunakan pendekatan sistem demokrasi. Kita hanya perlu menambah sedikit keberanian kerana demokrasi ini juga boleh dimanipulasi dan diperalatkan.

Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia perlu melihat semua faktor ini. Bagaimana kita boleh mengatasi dan mengharungi kemungkinan-kemungkinan halangan yang timbul sehingga pilihan raya umum yang bakal tiba nanti dapat dilaksanakan dengan baik, telus dan amanah tanpa ada tangan-tangan kotor merosakkannya?

Melalui bacaan politik ini, kita sewajarnya memanfaatkan peluang yang terhampar itu. Kita perlu menggunakan peluang yang ada ini untuk mewujudkan perubahan di tanah air sendiri dan itulah yang kita, bahkan tidak salah kalau dikatakan majoriti rakyat Malaysia harapkan.

Kehadiran Islam

Persoalannya, apakah tujuan kehadiran Islam itu kepada masyarakat? Ia adalah supaya kita boleh membina sejarah baharu, negara baharu, realiti baharu, barisan kepemimpinan baharu dan bukan semua kepada seorang sahaja.

Tentunya rakyat Malaysia inginkan pemimpin yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan berintegriti, yang menang pilihan raya menerusi sistem demokrasi yang bersih, telus dan amanah.

Bersegeralah dan berusahalah merebut peluang yang ada ini bagi merealisasikan Malaysia sebagai Negara Rahmah. Impian kita adalah agar semua warga Malaysia dapat menikmati situasi yang benar dan harmoni sebagaimana yang disarankan Islam kepada umatnya.

Sebagaimana yang diketahui, sistem dalam negara ini sekarang bukanlah yang kita inginkan. Apa yang patuh syariah adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan. Sebenarnya negara kita berdiri di atas dwisistem sebagaimana bank-bank di sini yang masih lagi beroperasi menerusi dua sistem – konvensional dan Islamik; ada yang fully Islamic dan ada yang punya window sahaja. Begitu juga halnya dengan mahkamah, terdapat mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Namun ia tidak bermakna kita akan mengetepikan pengalaman  daripada ‘engagement’ kita dengan tamadun-tamadun dunia serta ‘engagement’ kita dengan masyarakat antarabangsa yang pelbagai.

Tentunya apa yang baik kita ambil, kita manfaatkan supaya kemajuan yang ingin dilaksanakan di negara ini dapat dipercepat dan tidak perlu kita cipta semula. Sekiranya telah ada rekaan daripada orang lain, iaitu daripada pemerintahan yang sebelumnya, ia sewajarnya kita manfaatkan saja supaya kemajuan dan perkembangan akan berlaku lebih cepat. Ia tidak perlu dimulakan daripada sifar yang tentunya akan memakan masa yang sangat lama.

Terdapat pengalaman-pengalaman kemanusiaan di tempat lain yang menyerlahkan kebijaksanaaan mereka, dicetuskan menerusi perbincangan golongan pakar, dan kita sewajarnya menerima perkara sebegini sebagaimana yang diputuskan oleh syura.

Demikianlah perlunya melahirkan kumpulan manusia yang menjadi ‘think tanker’ iaitu pemikir atau ilmuan, supaya dengan demikian, kemajuan yang dilaksanakan itu boleh berkembang dengan lebih pantas.

Umat Islam perlu melakukan perubahan ini kerana ia adalah tuntutan Allah Subahanahu wa Taala. Kedudukan kita sekarang ini, dari sudut peribadinya, adalah sebagai anggota keluarga, jiran tetangga, anak bangsa dan warganegara. Tetapi kedudukan kita yang sebenarnya bagaimana? Tentunya kita mahukan kedudukan yang diredai Allah Subahanahu Wa Taala. Jadi semua itu perlu ada dalam pembacaan kita.

Hal-hal negara sekarang ini, adakah diredai Allah atau tidak? Pendirian antarabangsa kita, dengan pelbagai isu daripada isu Rohingya, Syria, al-Quds, Palestin dan pelbagai isu antarabangsa lainnya hinggalah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kuasa dunia. Semua ini perlu kepada pandangan-pandangan yang patuh syariah.

Inilah keperluan-keperluan yang akan dipertanggungjawablkan kepada umat Islam. Lantaran itu, kita hendaklah bekerja untuk mewujudkan perubahan-perubahan itu.

Secara jelasnya, banyak kerja yang perlu diakukan dan kita tidak boleh berlengah dan bertangguh lagi. Tugasan-tugasan baharu yang menjadi tuntutan ini mestilah mampu kita laksanakan secara teratur dan sistematik.

Sekiranya tugasan-tugasan di peringkat awal ini pun kita takut untuk laksanakan, maka peluang yang ada ini tentunya akan terlepas begitu sahaja.

Jika kita tidak boleh berpindah ke era baharu atau era negara, dan kita sendiri tidak mahu berubah, bagaimana kita hendak memasuki era serantau dan era global? Jika dalam negara pun kita tidak berusaha untuk memainkan peranan yang sewajarnya, bagaimana kita hendak ubah yang lainnya?

Itulah langkah-langkah awalnya. Sekiranya kita ingin melakukan perubahan di peringkat dunia, kita perlu merubah dulu negara kita ini ke arah yang lebih baik. Itulah jambatan atau hubungan yang boleh berperanan ke peringkat nasional mahupun global.

Suatu hari nanti, kita harus mampu mewakili Malaysia untuk tampil di persada antarabangsa sebagai negarawan, bukan sekadar menteri luar. Di peringkat lain, kita bercakap tentang sistem ekonomi sebagai menteri kewangan, bukan sekadar pakar ekonomi atau pensyarah universiti yang bercakap dalam seminar-seminar. Jika di seminar, ia hanya setakat perbincangan, keputusan, dibukukan dan diletak di rak-rak universiti. Entah ada yang membacanya atau tidak.

Semangat Baharu

Apabila disebut zaman baharu dan tahun baharu, sepatutnya umat Islam telah dan sentiasa bersedia menempuh era yang baharu.  Kita sebagai umat Islam perlulah membawa semangat baharu dan jangan duduk di tahap lama yang tidak berubah.

IKRAM pun asalnya dahulu ditubuhkan sebagai organisasi massa atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Tetapi perjuangan IKRAM sekarang hendaklah juga masuk ke era pembangunan negara.

Ahli IKRAM hendaklah berfikir bagaimana ingin membentuk sebuah negara rahmah yang diredai Allah. Penglibatan kita dalam IKRAM adalah perkhidmatan kita kepada perjuangan umat. IKRAM merupakan vehicle perjuangan untuk fasa ini. Mungkin untuk fasa akan datang ia berubah. Inilah dinamika yang dituntut dalam perjuangan.

Yang penting untuk masa ini, semua ahli hendaklah faham bahawa Islam yang kita bawakan ini bukan setakat perlu digerakkan dengan ucapan sahaja, bukan setakat dengan dakwaan semata-mata, tetapi yang lebih penting menerusi pengamalannya, dan kita perlu bersama-sama memperjuangkannya di medan realiti iaitu lapangan umat.

Ya, kita mahukan masyarakat mempunyai tarbiah seperti kita juga, mendapat pendidikan Islam yang sebenarnya dan begitu juga mendapat sumber kehidupan daripada sumber yang halal. Ia mestilah patuh pada syariat sejajar dengan tuntutan ekonomi dan kewangan Islam dan yang terpenting berlandaskan apa yang disarankan Allah dan Rasul-Nya.

Perlu juga ditegaskan di sini bahawa sebagai ahli IKRAM, kita tidak mahu kekal sebagai ahli IKRAM semata-mata. Akan datang, kita mahukan ahli-ahli IKRAM yang bergerak sebagai tokoh pemimpin negara. Perkembangan sebegitulah yang mampu menentukan perubahan negara dan rakyat pada masa depan.

Tentunya apa yang diutarakan oleh saf kepemimpinan ini merupakan unjuran-unjuran untuk membawa IKRAM beralih ke satu era baharu, untuk membolehkan kita membuat perubahan dalam negara ini.

Dengan demikian dapatlah kita warnakan negara ini dengan warna yang kita impikan iaitu Malaysia sebagai Negara Rahmah. Ayuhlah kita merealisasikannya!

Artikel oleh Atriza Umar | Diolah daripada Amanat Presiden pada 23 Januari 2018

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia