UAE pilih empat setengah hari bekerja seminggu

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengurangkan minggu bekerja rasminya kepada empat setengah hari dan mengalihkan hujung minggunya kepada Sabtu dan Ahad dalam anjakan besar yang bertujuan untuk meningkatkan daya saing.

 

UAE telah mengumumkan negara itu akan beralih kepada empat setengah hari minggu bekerja dengan Sabtu dan Ahad sebagai hujung minggu mulai awal tahun depan.

 

‘Minggu bekerja kebangsaan’ akan dilaksanakan bagi sektor awam mulai 1 Januari dan ia mengatasi norma serantau yang cuti sehari penuh pada hari Jumaat bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat, kata pekeliling kerajaan pada Selasa.

 

Menteri Sumber Manusia UAE, Abdulrahman al-Awar memberitahu Reuters, syarikat swasta bebas untuk memilih minggu bekerja mereka sendiri.

 

Di bawah jadual waktu baharu, hujung minggu sektor awam bermula pada tengah hari pada hari Jumaat dan berakhir pada hari Ahad.

 

Langkah itu bertujuan untuk “menjajarkan UAE dengan pasaran global dengan lebih baik”, kata agensi berita negeri WAM, sambil menggelarkan minggu bekerja baharu itu sebagai yang paling singkat di dunia.

 

Sebaris dengan pasaran Barat

 

Sepanjang tahun lalu, UAE telah mengambil langkah untuk menjadikan ekonominya lebih menarik kepada pelaburan dan tenaga mahir asing dalam meningkatkan persaingan ekonominya dengan Arab Saudi.

 

Kerajaan berkata, hujung minggu yang lebih panjang akan meningkatkan keseimbangan kehidupan-kerja para pekerja dan menyatakan bahawa beberapa negara majoriti Islam seperti Indonesia dan Maghribi, juga mempunyai hujung minggu Sabtu dan Ahad.

 

UAE berkata, langkah itu akan memastikan transaksi kewangan, perdagangan dan ekonomi bertambah lancar dengan negara yang memilih hujung minggu Sabtu dan Ahad.

 

Ia juga akan mewujudkan hubungan dan peluang perniagaan antarabangsa yang lebih kukuh bagi firma berpangkalan di UAE dan syarikat multinasional.

 

Hapuskan jurang

 

“Perubahan itu akan memberi kesan kepada entiti negara seperti bank pusat, yang akan menyampaikan butiran mengenai waktu kerja baharu kepada bank perdagangan,” kata Abdulrahman al Awar, sambil menambah bahawa bursa saham UAE juga akan lebih bersepadu dengan pasaran global.

 

“Perubahan ini akan meningkatkan integrasi sektor perbankan di UAE dengan komuniti perbankan di peringkat antarabangsa, ia akan menghapuskan jurang yang wujud pada masa lalu,” katanya lagi.

 

Perubahan di peringkat kerajaan ini mungkin akan menyaksikan industri swasta dan sekolah turut mengikutinya, seperti yang dilakukan pada tahun 2006, apabila hari minggu bertukar dari Sabtu kepada Rabu.

 

Berita itu secara amnya dialu-alukan di media sosial, di mana subjek itu menjadi trend dan ciapan Twitter rasmi WAM telah dikongsi semula secara meluas.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia