Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Dakwaan Wang RM2.6 Billion Dalam Akaun Perdana Menteri

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius  dakwaan akhbar The Wall Street Journal(WSJ) pada 2 Julai dan juga laporan portal Sarawak Report juga pada 2 Julai 2015 tentang aliran kemasukan wang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Razak.

Sesungguhnya dakwaan tersebut amat berat kerana ia melibatkan bukan sahaja peribadi Perdana Menteri tetapi juga imej dan nama baik negara.

Laporan dari portal Sarawak Report juga menyebutkan dan melakarkan bagaimana aliran wang tersebut yang dipercayai bersumberkan dari transaksi perniagaan 1MDB yang sedang tenat dengan hutang yang menggunung berjumlah RM41.8 billion.

Sehubungan dengan isu ini, IKRAM mengalu-alukan laporan yang menyebut bahawa Dato’ Seri Najib bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua pihak sambil menafikan bahawa beliau ada menerima dan menggunakan wang tersebut atas kapasiti peribadi.

Bagaimanapun, IKRAM mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Diraja yang diselia di bawah kuasa DYMM Yang Dipertuan Agung yang bersifat bebas dan adil ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan Perdana Menteri tersebut.

Dengan cara ini, Perdana Menteri dapat membersihkan namanya serta mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap kepimpinan beliau sekiranya dakwaan tersebut terbukti tidak benar.


DR MOHD PARID SHEIKH AHMAD

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia