Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mengikuti perkembangan yang berlaku ke atas MH17 sebagaimana dilaporkan.
IKRAM mengucapkan takziah kepada waris mangsa MH17 dan mendoakan ketabahan buat menghadapi ujian getir begini.
IKRAM memberi kepercayaan penuh kepada Kerajaan Malaysia untuk membuat peyiasatan segera ke atas kejadian yang berlaku.
IKRAM menyeru ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam, untuk mengadu kepada Allah SWT, apa yang telah berlaku, pada 10 malam terakhir Ramadhan ini.
Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia dan kepentingannya di dalam dan di luar negara.
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa IKRAM