Tonton Bersama Hargai Jasa Anggota Tentera 

Tonton Bersama Hargai Jasa Anggota Tentera | IKRAM

PETALING JAYA – Sempena Hari Kebangsaan Ke-65, kira-kira 100 orang penonton dari pelbagai bangsa dan agama telah menonton bersama tayangan ‘Air Force The Movie: Selagi Bernyawa’ pada Rabu di GSC Starling Mall, di sini.

Program tayangan ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Christians for Peace and Harmony Malaysia (CPHM) sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Para penonton terdiri daripada bekas tentera daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, selain daripada aktivis IKRAM dan CPHM serta individu jemputan.

Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin yang turut bersama-sama menyaksikan filem ini melahirkan rasa kagum dengan kemampuan rakyat Malaysia menghasilkan filem yang hebat, penuh aksi dan debaran berunsurkan patriotisme.

“Tahniah kepada pengarah filem, Zulkarnain Azhar dan Frank See. Karya- karya seperti ini wajar diperbanyakkan bagi membangkitkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air.” katanya.

Dalam pada itu, Mr Jason Leong daripada CPHM merakamkan penghargaan kepada IKRAM atas kerjasama dalam penganjuran tayangan ini, yang bertujuan menghargai jasa para veteran tentera negara dalam mempertahankan negara.

Turut hadir Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr Hanim Salleh, Setiausaha Agung, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ahli JKP Hj Ainullotfi Abdul Latif dan Dr Sabariah Baharun, juga CEO ACCIN, Ir Hj Jamal Shamsudin.

Semoga rakyat Malaysia terus teguh bersama dan bersatu padu demi keharmonian dan kemakmuran di negara tercinta ini.

Sertai Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2022 pada 16 September ini di UTM Kuala Lumpur. Info lanjut, layari https://www.karnivalkami.com/.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia