Pendidikan demokrasi, tolak rasuah: Menjunjung kasih titah Sultan Perak

IKRAM Muda menjunjung kasih titah Tuanku Sultan Nazrin Shah selepas melancarkan buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia tulisan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman dan penganalisis politik, Dr G Manimaran di Hotel Majestic di sini pada Isnin yang lalu.

 

IKRAM Muda percaya bahawa literasi politik bukan hanya mendedahkan amalan demokrasi di negara kita, tetapi juga nilai-nilai penting yang mesti ada pada setiap pemimpin dan rakyat kita seperti integriti, kompeten dan keadilan dalam menguruskan hal ehwal kehidupan mereka.

 

IKRAM Muda juga percaya bahawa perubahan negara ke arah 12 Ciri Negara Rahmah dapat dijayakan jika kita dapat menanam rasa jijik dan benci terhadap rasuah walau apa pun bentuk dan jumlahnya, khususnya buat generasi muda yang bakal menggantikan kepimpinan negara nanti. Usaha ini dapat mengelakkan budaya rasuah terus kekal bertahan secara sistemik.

 

Maka usaha-usaha untuk memperkasakan generasi muda perlu menjadi perhatian dan tindakan kita semua.

 

IKRAM Muda menyeru semua pihak yang mempunyai akses terhadap anak muda dapat menjayakan titah Tuanku mengikut kapasiti yang kita mampu dengan sehabis baik. Pendidikan antirasuah mestilah menjadi pengisian utama dalam sistem pendidikan seawal di bangku persekolahan.

 

Usaha-usaha ini juga dapat disemarakkan melalui sesi libat urus secara berterusan dan jaringan bermakna yang dapat menyepadukan sumber yang kita ada dengan berkesan.

 

IKRAM Muda akan terus mendukung sebarang usaha yang menjunjung kepimpinan yang berintegriti dan kompeten serta akan memberikan komitmen untuk terus melahirkan pelapis kepimpinan negara yang berkualiti dalam pelbagai sektor demi mencapai negara rahmah.

 

Rujukan: 12 Ciri Negara Rahmah

 

Usaid Asmadi
Ketua Penerangan
IKRAM Muda Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia