Tip bina keyakinan diri

Elemen itu juga sebenarnya tanpa disedari sangat penting kerana kekurangan rasa percaya pada diri sendiri boleh memberi implikasi negatif kepada kehidupan seharian termasuk kesihatan mental. Keyakinan diri boleh dilihat menerusi prestasi kerja, penyelesaian masalah serta kemampuan mengimbangi kehidupan seharian.

 

Tetapi tidak dinafikan adakalanya sebagai manusia biasa kita boleh menjadi seorang yang rapuh dan tidak percaya kepada diri sendiri termasuk keputusan yang dibuat dalam hidup. Jangan bimbang! Ikuti lima tip ini untuk meningkatkan rasa percaya diri anda.

 

Perasaan tidak yakin boleh memudaratkan

 

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda mungkin pernah merasakan diri sendiri sebagai loser apabila melihat prestasi rakan baik dalam pelajaran, berasa iri hati dengan imbuhan diterima rakan sepejabat atau merasakan diri anda tiada keistimewaan.

 

Seharusnya tanamkan dalam diri bahawa hidup anda bukan sebuah pertandingan. Langkah membandingkan diri dengan orang lain bukan perkara sihat dan sebenarnya adalah perkara sia-sia.

 

Lebih baik yakin dan bangga dengan diri sendiri. Sayangi diri dengan amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan tidak seimbang, kurang rehat serta malas bersukan sebenarnya sangat mempengaruhi keyakinan diri anda.

 

Yakin diri mesti seiring dengan tindakan teliti

 

Kasihani diri sendiri. Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada membuat kesalahan sehingga boleh menyebabkan keyakinan diri menurun.

 

Anda sedang melatih diri untuk berhati-hati, memahami sesuatu perkara sebelum membuat keputusan walaupun ia berkaitan hal remeh. Tidak mengapa, apabila itu terjadi, tidak salah untuk berasa kasihan atau ketawa terhadap diri sendiri terhadap tindakan atau keputusan ‘bodoh’ yang anda buat. Lawan pemikiran negatif.

 

Meskipun tidak salah untuk berasa ragu dan kasihan terhadap diri sendiri, namun jangan sesekali berfikiran negatif tentangnya. Sebaik-baiknya anda perlu melawan setiap pemikiran ‘jahat’ dan cuba berfikiran positif.

 

Jika tidak mampu menanggung seorang diri, kongsi masalah anda dengan sahabat baik. Luahan tentang apa yang terbuku di hati dapat meringankan beban anda.

 

Cara meningkatkan keyakinan diri

 

Keyakinan diri yang sering dicari, adakah anda semua benar-benar yakin dengan diri anda sendiri? Tepuk dada tanyalah selera. Antara cara meningkatkan keyakinan diri anda tanpa memikirkan orang lain, iaitu mulakan hari anda dengan positif.

 

Selain itu, setiap hari ketika anda bangun daripada tidur, anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan setiap hari. Seeloknya anda harus mempunya senarai lengkap matlamat anda yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari.

 

Senarai itu harus mengandungi segara perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun daripada tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.

 

Cuba ‘hadiahkan’ diri anda untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, ‘hadiahkan’ diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Seterusnya, tekankan kepada penampilan anda. Ini kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang ‘ekstra’ dalam tindakan anda.

 

Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik.

 

Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas, memilih sahabat yang positif kerana mereka memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang, dan mendapatkan ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap.

 

Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu, kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca, kita dapat memperolehi ‘modal’ dalam berbicara dan yakin diri dapat dicapai.

Kesimpulan

 

Matlamat-matlamat hidup yang jelas adalah antara sumber-sumber utama kepada pembinaan hala tuju serta pemantapan keyakinan diri seseorang.

 

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang baik serta selaras dengan tuntutan agama yang jelas, akan seolah-olah meniti kehidupannya dalam keadaan samar yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuan kehidupannya.

 

Oleh itu, tetapkanlah matlamat hidup yang berkesan agar anda akan lebih berjaya meniti kehidupan. Rujuklah dengan kaunselor jika anda masih kurang faham dan perlukan bimbingan supaya keyakinan diri sendiri terbina dengan bantuan profesional.

 

Dr Samsiah Jayos
Pensyarah Kaunseling UNIMAS dan Kaunselor Berlesen
Ahli IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia