Tip bekerja dari rumah

 Bermula 18 Mac, semua premis kerajaan dan swasta diarahkan ditutup kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services) sahaja dibenarkan beroperasi. Jutaan terima kasih buat mereka! 

 

Berikutan itu, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit tip untuk kita semua terus membantu Malaysia segera pulih dan bekerja dari rumah dengan cemerlang!

 

1. Mandi dan pakai pakaian yang selesa

 

Boleh sahaja jika anda mahu memberi rangsangan (booster) kepada diri dengan memakai pakaian seperti biasa anda ke tempat kerja. Dengan cara ini, anda mungkin lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi bagi memulakan kerja dengan angin (mood) yang baik. Bagi syarikat atau organisasi yang mempunyai tanda nama khas, anda boleh memakainya sebagai tanda bahawa anda sedang bekerja. 

 

2. Sediakan ruang bekerja (workstation) khusus yang selesa dan ceria

 

Ruang bekerja ini penting supaya anda berdisiplin dalam memberi fokus ketika bekerja. Sediakan siap-siap keperluan asas seperti komputer riba, kertas kosong, pen atau mesin pencetak. Tempat bekerja khusus boleh sahaja dibuat mengikut keselesaan dan keperluan anda. Pastikan anda mendapat pencahayaan yang baik ya.

 

3. Kekalkan jam bekerja yang tetap

 

Tetapkan jadual bekerja dan ikut masa yang telah ditetapkan. Jika anda seorang yang tidak mampu fokus dengan lama, tetapkan masa rehat setiap satu jam atau beberapa minit. Setiap orang mempunyai had masing-masing.

 

4. Bina rutin pagi yang menyeronokkan

 

Perkara ini penting untuk memberi kita semangat pada awal hari sebelum memulakan kerja yang mungkin bakal membuat kita duduk lama di kerusi. Jangan lupa sarapan pagi dan mungkin boleh buat sedikit senaman rehat agar anda kekal cergas sepanjang hari.

 

5. Tetapkan peraturan mesra kerja dengan mereka di sekeliling anda

 

Hah! Bagi ibu atau bapa pasti dibelenggu kemeriahan anak-anak yang juga mengamalkan langkah #dudukrumah bukan? Maka, bincanglah bersama dan tetapkan masa untuk bergilir-gilir menjaga mereka atau sediakan aktiviti dan permainan yang menarik untuk anak-anak juga.

 

 

Jika yang tinggal bersama ibu bapa atau kawan-kawan pula mungkin boleh maklumkan kepada mereka masa kerja anda dan masa tertentu untuk membantu mereka.

 

6. Tetapkan masa rehat

 

Tetapkan bunyi amaran (alarm) pada jam jika anda sejenis yang sangat tekun bekerja. Oh sebelum terlupa, pastikan anda sentiasa ditemani sebotol air kosong di sebelah untuk memastikan anda kekal segar dan hidrasi. Jangan lupa rehat ya.

 

7. Cuba udara baru

 

Jika anda bosan duduk di rumah, maka cuba berdiri atau berlari satu rumah sambil menyapa mereka di dalam rumah. Banyakkan pergerakan kerana pasti ada masa-masa yang anda perlu melakukan sedikit pergerakan atau senaman. Tidak elok juga jika hanya menghadap kerja terlalu lama.

 

8. Bersosial dengan rakan sekerja

 

Bagi mereka yang mempunyai personaliti extrovert mungkin sangat memerlukan tip ini. Luangkan masa untuk membuat panggilan telefon biasa atau panggilan video menerusi aplikasi Whatsapp sebagai tempat bersembang atau mesyuarat. 

 

Namun letakkan had masa agar tidak meleret. Faham-fahamlah bila dah mula bercerita pasal sesuatu atau bersembang perkara tidak bermanfaat seperti ‘membawang’ yang mungkin bakal memakan masa berjam-jam tanpa disedari.

 

9. Akhiri hari anda dengan rutin

 

Sepertimana anda mulakan, buat juga rutin penutup untuk meraikan kejayaan anda bekerja dengan produktif selama sehari itu! Mulakan dengan menutup komputer riba anda dan berjalan keluar dari ruang bekerja sambil melompat keriangan. Atau, raikannya dengan memberi makan anak kucing atau apa-apa aktiviti yang menyeronokkan.

 

10. Senyum!

 

Apa yang paling penting, sesuaikanlah tip ini dengan diri anda dengan terus membantu mereka di barisan hadapan menghadapi situasi ini dengan mengamalkan sikap #dudukrumah. Doakan segalanya bertambah baik termasuk negara-negara lain. Semoga wabak ini membuatkan kita lebih erat dan saling bertanggungjawab antara satu sama lain.

 

#dudukrumah #stayhome

 

Nadhirah Khairudin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia